LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home » » Tablet Keluaran HP

Tablet Keluaran HP

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, HP kembali dalam ‚permainan‘ tablet namun tampil berbeza apabila mesra Android dengan mengeluarkan Slate 7.
Ia didedahkan sempena pameran mudah alih terkemuka, Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) pada 25 hingga 28 Februari yang menampilkan ciri saiz 7.0 inci beroperasi pada sistem operasi (OS) Android 4.1 Jelly Bean dan hanya seberat 340 gram.

Bersama Slate 7, HP memberi tumpuan kepada segmen tablet saiz pertengahan (7.0 inci) yang berpotensi menawarkan pilihan kepada pengguna sekali gus memberikan bonus kepada HP.

Syarikat itu berharap mencabar pengeluar tablet sedia ada dengan pemprosesan dwi teras ARM Cortex A9 1.6GHz, resolusi skrin 1024 x 600 piksel selain menggunakan setoran 8GB.

Pada masa sama, gajet terbabit mempunyai jangka hayat bateri lima jam dengan port seperti mikro USB dan dua kamera iaitu 3.0 megapiksel belakang serta VGA di depan.


SPESIFIKASI:

Produk: HP Slate 7
Harga: anggaran RM500
OS: Android 4.1 Jelly Bean
Skrin: 7 inci 1024 x 600 piksel
Pemprosesan: dwi teras ARM Cortex A9 1.6GHz
RAM: 1GB
Memori: 8GB
Slot: kad mikroSD, mikro USB
Audio: Beats Audio
Dimensi: 197.1 x 116.1 x 10.7mm
Berat: 340g

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ProdukBaru_KepadaSlateHPberserah/Article/index_html
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger