Walaupun
pelakon, Faizal Hussein sudah berpuluh tahun berkecimpung di dalam
bidang seni, namun baru tahun ini dia berpeluang menerima anugerah di
Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) sebagai Pelakon Lelaki Terbaik
menerusi filem Bunohan.
Malah, anugerah yang diterimanya itu adalah yang pertama kali di dalam hidupnya.
Menerusi
Rotikaya, hari ini, Faizal, 45, menyatakan rasa syukurnya apabila Dain
Iskandar Said telah memberi kepercayaan kepadanya untuk membawakan watak
berkenaan awalaupun ada yang meminta agar wataknya diganti dengan
pelakon lain.
Tambahnya
lagi di dalam Bunohan, dia melalui pengalaman dimana Dain Said sendiri
memotong rambutnya dan merasai berlakon di lubuk buaya.
Maka, kemenangannya pada malam Sabtu lalu adalah satu penghargaan yang tidak ternilai buatnya.