Penyanyi Terbaik Malaysia Ikat Dan Bunuh Suami Sendiri -
| Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan
polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut
dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila
berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan
anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki
suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam
sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung
kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan
mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut
memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik
(AIM) pada tahun 1999.
sumber http://busuk.org/ping/view/474675