1. PENYEDIAAN BEKAS/BALANG/AQUARIUM IKAN LAGA. Cari
tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar,
ikan laga tinggal dalam sawah padi yang cetek dan luas.
- Saiz bekas/balang/aquarium yang sesuai untuk bakal ikan laga sekurang-kurangnya yang bersaiz 2 biji bata. Jika boleh, bekas lebih besar dan luas juga sesuai untuk ikan laga anda. Ini supaya ikan anda boleh berenang bebas kerana di kehidupan liar ikan laga tinggal di sawah padi yang cetek dan luas. Gambar dibawah antara bekas yang sesuai untuk ikan laga anda selain dari aquarium yang besar.
- Tambah peralatan akuarium jika perlu seperti 'air pump' ataupun penapis. Jgn pilih penapis yang terlalu kuat hal ini kerana akan mengganggu/mengehadkan pergerakan ikan anda.
- Jika ingin menambah barang-barang perhiasan seperti kayu,pokok palsu pastikan barang-barang tersebut cukup-cukup bersih kerana barang2 perhiasan yang kotor seperti kayu yang masih baru mengandungi bacteria/alga/kulat yang boleh membunuh ikan laga.
- Pokok air yang hidup memang bagus untuk ikan anda. Ianya lebih cantik dari pokok palsu, dan ikan laga suka bermain,bersembunyi dan tidur di pokok air tersebut. Pokok hidup juga membantu mengoksigenkan air selain memastikan air bersih untuk tempoh yang lama.
3. MAKANAN IKAN ANDA. Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas/koi tidak sesuai untuk ikan anda.
- Jangan bagi ikan anda makan terlalu banyak kerana ikan laga akan terus makan selagi anda memberinya makan. 8-9 pelet dah memadai untuk ikan anda.
- Makanan yang tidak dimakan elok diangkat keluar dari akuarium. Makanan lama atau yang dibiarkan boleh mengotorkan air. Makanan yang tidak dimakan elok dikeluarkan segera.
- Makanan hidup seperti jentik,cacing kering/dried worm juga bagus untuk ikan anda kerana makanan ini lebih selamat dan bebas dari bacteria/parasit
- Untuk anak ikan anda boleh beri makan microworm ataupun makanan ikan yang ditumbuk halus kerana anak ikan hanya makan makanan yang muat dengan mulutnya
- Pastikan anda tambah ubat anti-klorin jika menggunakan air biasa/paip
- Pastikan juga air yang ditukar sama suhu dengan air lama, untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut untuk ikan laga anda
- sumber : http://i-kanlaga.blogspot.com/