9 Februari -
Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan
berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo,
Lahad Datu.
11 Februari -
Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan
tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis
mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api
berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari -
Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu
iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu
dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari -
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia
akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani
isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan
itu.
1 Feb - Ketua
Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti
kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu,
Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Ismail berkata,
kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja
Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu
dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata,
rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan
penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari -
Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan
pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata
kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak
pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari -
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan
kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya
penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung
Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu
yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain
menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum
ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari -
Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja
rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan
secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari -
Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk
membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang
bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari -
Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan
Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan
di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut
disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya
abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan
Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac -
Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil
kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada
kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan
keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. - BERNAMA