Saya jatuh cinta kepada abang tiri. Kami tidak ada hubungan darah
kerana dia adalah anak kepada ibu tiri yang dikahwini ayah lapan tahun
lalu.
Sejak itu dia tinggal bersama. Mulanya saya tidak suka kehadirannya kerana memikirkan perhatian bapa akan dirampas kerana bapa memang mengharapkan anak lelaki. Bapa sering meminta menemani setiap aktiviti luar dan itu membuatkan saya cemburu.
Dia tahu saya benci padanya, tetapi dia tetap melayan saya dengan
baik. Sejak kecil, dia akan ambil hati saya sehingga kini dan dia
melayan sebagai puteri.
Saya mula rasa sunyi apabila dia pergi ke universiti dan saya berasa jatuh cinta kepadanya. Ketika dia cuti semester baru-baru ini, kami keluar menonton wayang dan kami tidak ubah seperti pasangan kekasih. Wajarkah saya berterus-terang apa yang saya rasa dengannya?
ROS
Johor Bahru
Dari segi hukum, saudari boleh mengahwininya kerana tiada hubungan darah. Namun, terpulang kepada saudari sama ada ia selesa dihadapi saudari mahupun keluarga. Sebelum itu, pastikan dulu perasaan saudari kerana mungkin terbiasa dengan kehadirannya membuatkan saudari rindu.
Rindu tidak semestinya membawa maksud cinta mahupun kasih. Adakalanya rindu dirasa terhadap sahabat mahupun saudara.
Itu adalah normal apabila kita kehilangan orang yang sentiasa di sisi sekeliling. Justeru, pastikan dulu status abang tiri mahupun tanggapan saudari terhadapnya sebelum berterus terang.
Nilai pula situasi andai saudari berterus terang. Adakah ia baik kepada saudari, selain itu cuba periksa tanggapan abang tiri terhadap saudari.
Cuba tanyakan mengapa dia melayan saudari dengan baik, sekurang-kurangnya ia akan menjadi penanda aras kepada hubungan ketika ini.
SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rinduabangtiribagaikekasih/Article/index_html