D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

23 Disember 2013

BIODATA M.SHARIFF

Allahyarham Shariff bin Awang atau lebih dikenali sebagai M. Shariff merupakan salah seorang penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar akhir tahun 60-an
Shariff dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau mula berkecimpung dalam bidang muzik semenjak di bangku sekolah lagi. Di antara konsert terawalnya adalah di Singapura sekitar akhir tahun 60-an, selain muncul dalam rancangan hiburan terbitan TV Malaysia ketika itu.
Pada tahun 1970, beliau merakam buat kali pertama dengan kumpulan The Zurah untuk empat buah lagu Inggeris dalam satu EP. Kemudian, beliau merakam dalam bahasa Melayu dengan lagu Keindahan Pantai (lagu asal: Suddenly She Loves Me persembahan The Tremeloes) keluaran M. Shariff's Scope milik beliau sendiri pada tahun yang sama. M. Shariff juga banyak merakam dengan syarikat MMI/Royal, kebanyakannya lagu-lagu saduran Hindi. Untuk tujuan ini, beliau juga sempat ke India dan berguru dengan komposer terkenal Shankar Jaikishan bagi memantapkan lagi persembahannya.
Kemudian, M. Shariff menyepi seketika kerana memberi tumpuan terhadap perniagaan menjual/menyewa peralatan muzik. Nama beliau muncul kembali apabila dengan usaha beliau, konsert irama pop yeh yeh 60-an yang mengembalikan kegilaan terhadap muzik pop yeh yeh diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur di mana ramai juga artis-artis 60an dikumpulkan dalam satu persembahan amal bagi menampung tabung kebuluran Afrika pada tahun 1985.
Semenjak itu, beliau aktif semula bersama kumpulan The Zurah II yang ditubuhkannya sendiri dengan ahli-ahli baru, sama ada merakam suara mereka sendiri mahupun sebagai pengiring kepada artis-artis seangkatannya yang membuat rakaman semula lagu masing-masing.
Pada tahun 1996, sekali lagi beliau mengusahakan persembahan artis-artis 60an di bawah konsert Masih Ada Yang Sayang di Stadium Merdeka bagi menampung perbelanjaan perubatan untuk allahyarham A. Ramlie yang ketika itu menderita penyakit Parkinson.
Pada masa ini juga, beliau terus merakamkan album-album baru misalnya Untukmu Hijau Kuning dan M. Shariff Goes International.
Kehandalan M. Shariff bermain gitar elektrik mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau dinobatkan sebagai The Malaysian Fenderman oleh syarikat pembuat gitar elektrik dari Amerika Syarikat.
Beliau juga merupakan ahli Kelab Irama 60-an Zon Selatan yang berpangkalan di Melaka dan juga berkhidmat di Balai Rakyat Woodlands dalam Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).
Selain mengangotai kumpulan zurah II, Almarhum M Shariff juga merupakan seorang penerbit album, antara artis artis bawah kelolaannya ialah Jefry Din, M. Shariff, S. Jibeng, Datuk M. Daud Kilau, Rocky Din, Pak Man Telo dan Cik dan beberapa kumpulan rock, antaranya album Battle of the Bands 1 dan 2 adalah hasil terbitannya seperti kumpulan Lefthanded, Ella and The Boys, Rahim Maarof, SYJ (Sofea), May, Metallian, Burnmarks and Bloodshed (album sulung mereka juga di terbitkan oleh M Shariff) pada sekitar 1986/87.
M. Shariff meninggal dunia pada usia 48 tahun akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapinya selama 15 tahun - meninggalkan seorang balu (Farida Mohd Salleh) dan tiga orang anak.
Dua orang anak beliau terlibat secara langsung di bidang seni. Anak lelakinya pernah menyertai kumpulan rap kanak-kanak City Kids manakala anak perempuannya Syafiza menjadi pengacara di TV3.
Selepas kematian M. Shariff, hilanglah lagi seorang lagenda seni yang banyak berjasa kepada dunia senisuara Melayu.

SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Shariff_bin_Awang

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog