D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

7 Disember 2013

Asas tangani akses anak-anak kepada pornografi

KEJADIAN anak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan melakukan aksi seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun minggu ini amat meluluhkan perasaan kita.

Apatah lagi, hanya baru dua bulan lepas kita masih belum lagi pulih daripada mendengar berita dua beradik lelaki, masing-masing di tahun 2 dan 4, memaksa rakan mereka yang baru memasuki alam persekolahan iaitu di tahun 1, melakukan seks oral, setelah kanak-kanak lelaki itu menonton aksi sedemikian di laman web lucah di komputer. Amat mengejutkan juga bahawa komputer yang digunakan adalah di makmal komputer sekolah.

Ini turut mengguris parut luka lama mengingati satu kes yang mendapat perhatian ramai di tahun 2001, di mana dilaporkan dua pelajar lelaki sekolah rendah dijumpai melakukan aksi oral seks, dan mereka menceritakan kepada guru bahawa aksi tersebut ditiru daripada sebuah video lucah yang ditonton bersama-sama ibu bapa.

Di mana silap kita?

Terdapat banyak peringkat di mana kita harus memeriksa kembali banyak perkara termasuk sistem pendidikan kita dan ia memerlukan kertas kerja yang panjang. Dalam kesempatan terhad ini, biarlah kita mulakan dengan peranan yang paling penting dan paling mengakar BACA SETERUSNYA

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog