D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

21 Disember 2013

KL - WANITA TERTEKAN AKIBAT BELUM MENERIMA JODOH

Saya berasa cukup tertekan apabila memikirkan keadaan diri kerana masih terus membujang sedangkan usia makin meningkat.
Masih adakah harapan bagi wanita seperti saya untuk merasai kehidupan berumah tangga seperti insan lain?


Muslimah
Kuala Lumpur


Perkahwinan sebenarnya satu tanggungjawab yang besar. Tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keredaan Allah dan bukannya mengikut perasaan atau kebiasaan saja apabila ada yang berkahwin kemudian bercerai.

Anda dinasihatkan supaya tidak berputus asa walaupun belum mendapat jodoh. Setiap orang mempunyai jodoh cuma waktunya saja belum sampai.

Justeru, banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan jodoh yang baik dan seterusnya dapat berumah tangga dengan aman dan bahagia.

Bersedialah terlebih dulu untuk mendalami ilmu rumah tangga, tanggungjawab seorang isteri serta menjadi ibu yang baik.

Apabila bertemu jodoh nanti anda benar-benar sudah bersedia.

Jangan persiakan usia yang ada. Gunakanlah waktu yang ada ini untuk mencari dan membina kecemerlangan diri dengan mempelajari ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia.

Hiasilah diri dengan agama sebagaimana diingini Islam. Nabi pernah bersabda supaya lelaki Muslim memilih wanita yang beragama sebagai calon isteri berbanding kriteria lain.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertekanbelumtemuijodoh/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog