Saya meminati seorang rakan sekerja kerana dia rakan paling rapat. Dia sering menemani saya baik ketika makan serta membantu ketika berdepan masalah. Saya suka sifat serta kelakuannya dan dia mengakui menyukai saya.
Masalahnya, rakan saya sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Dia memberitahu, ketika ini dia menghadapi masalah keluarga dan kehadiran saya membantunya melupakan hal itu.
SALINA
Kuala Kurau
Jagalah kehormatan diri dan elak mengambil kesempatan dalam situasi kegoyahan rumah tangganya untuk menjalin hubungan cinta.
Itu bukan tindakan wajar dan seharusnya saudari mencari pendekatan membantu dia menjaga keharmonian keluarganya.
Fikirkan anaknya yang masih memerlukan ibu bapa, di samping elak diri menjadi pemangkin kepada kekalutan masalah rumah tangga antara rakan saudari dan isteri.
Meskipun saudari menyukainya, namun kekal rasional kerana bukan perkara baik menjadi orang ketiga dalam hubungan.
Biarlah keadaan tenang di antara dia dan isteri, selain muhasabah diri dengan mengenali lelaki lain sebagai pasangan.
Adakalanya individu kita cintai bukan sesuai menjadi suami. Sebaik-baiknya selidiki latar belakang serta kedudukannya sebelum memungkinkan dia menjadi ketua keluarga.
SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terpikatsuamiorang/Article/index_html