D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

12 Disember 2013

KDN DEDAHKAN BUKTI SYIAH PETANG INI

http://curium-cr.com/my-5264088

http://curium-cr.com/my-5264082
SHAH ALAM - Satu sidang akhbar tergempar akan diadakan petang ini jam 3 petang di Putrajaya berkaitan isu Syiah, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Sidang akhbar itu akan dikendalikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementerian terbabit. Ahmad Zahid turut mengesahkan perkara itu pagi tadi.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan bertindak mengikut undang-undang dan tiada sebarang permainan politik dalam isu Syiah.

Ahmad Zahid dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu mendedahkan pembabitan "orang nombor dua" Pas dengan fahaman Syiah.

Meski tidak menyebut nama pemimpin itu, umum tahu ia ditujukan kepada Timbalan Presien Pas, Mohamad Sabu, yang sejak dari dahulu lagi sering dikaitkan dengan fahaman itu.

Beliau kemudian meminta pihak yang bertanggungjawab termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan segera bersabit isu itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama kemudian menyatakan menunggu bukti yang akan didedahkan oleh KDN dahulu sebelum bertindak.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/kdn-dedah-bukti-syiah-petang-ini-1.229901

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog