D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

3 Disember 2013

ABG IPAR PUKUL KAKAK - MELAKA

http://curium-cr.com/my-5131350
Saya gadis 20 tahun dan tinggal seketika bersama kakak yang sudah berkeluarga. Ketika menumpang sewaktu cuti semester baru-baru ini, saya mula menyedari sifat buruk abang ipar.
Dia sering memukul kakak serta panas baran. Mereka berkahwin dua tahun lalu dan apabila balik kampung, abang ipar sangat baik dan lemah lembut di depan keluarga kami.

Namun sebaik saya tinggal bersama mereka dalam tempoh tiga bulan kerana bekerja sementara di pasar raya berhampiran, ‘topeng muka’ abang terbuka.

Saya sering lihat dia memukul kakak dan kakak hanya berdiam diri. Malah, dia sering memanggil kakak dengan gelaran perempuan sundal dan pelbagai lagi.

Saya geram dan pernah mengugut untuk melaporkan hal itu kepada keluarga, tetapi kakak merayu kerana cintakan abang ipar.

Saya kasihan tetapi apabila kakak pula mengugut untuk melarikan diri andai saya beritahu ibu bapa, saya menjadi serba-salah. Saya keliru bagaimana ingin membantu kakak. Ketika ini saya sudah kembali ke universiti.


NUR
Batu Berendam, Melaka


Masalah saudari bukan saja rumit, malah saudari dalam situasi terikat kerana kakak enggan dibantu. Selalunya wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan hal berkaitan penderaan dialami kerana malu dan takut.

Mereka rasa kehilangan dan takut tidak mendapat pasangan dicintai selepas kegagalan kali pertama. Malah, ada antara mereka takut mengorak langkah melarikan diri daripada suami disebabkan status janda.

Di sini peranan saudari selaku saksi serta saudara terdekat untuk menasihati kakak. Tidak bijak terus menjadi ‘beg pasir’ kepada suami yang sukar lagi diubati sifat barannya. Bukan apa, tindakan kakak hanya menzalimi diri dan paling dibimbangi rasa sakit itu imun kepadanya.

Kata padanya, tindakan berdiam tidak akan mengubah kehidupan kakak menjadi bertambah baik. Malah, pinta dia memikirkan masa depan andai mempunyai anak. Tentu lebih sukar menangani situasi terbabit. Anak pula mungkin menjadi sasaran suami kelak.

Selain itu, bawa kakak bertemu kumpulan sokongan mahupun badan sukarelawan dalam usaha memulihkan bebanan emosi serta membantunya keluar daripada kehidupan itu.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Abangipar2karakter/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog