Dia cintakan tarian balet. Justeru, pengajar tarian balet ini berani
membuat penampilannya dalam pelbagai gambar menunjukkan dia menari
dengan usia kandungannya mencecah 39 minggu.
Mary Helen Bowers, 34, dari New York, berpendapat rutin yang dia lakukan setiap hari itu meningkatkan tenaga sewaktu mengandung.
Ia turut memberi ilham mencipta senaman prabersalin berasaskan balet.
Pencipta senaman Ballet Beautiful ini memberitahu Elle.com, “Dengan melakukan senaman dan tarian berterusan semasa mengandung, saya nikmati ganjaran berganda termasuk berkongsi minat ini bersama bayi dalam kandungan.
Mary memang dikenali pelatih terbaik Victoria Secret Angels dan mempersiapkan Natalie Portman bagi mendalami wataknya dalam Black Swan.
Sebelum memulakan Ballet Beautiful, dia bekerja dengan New York City Ballet lebih satu dekad.
“Tarian mampu membantu saya mengekalkan tenaga tubuh badan, sekali gus mengurangkan kesan sampingan sewaktu hamil.
“Saya berjaya mengelak kesakitan di bahagian belakang dan bengkak dengan melakukan pergerakan badan.
“Saya berasa sangat hebat dan merancang untuk meneruskan senaman ini sehingga waktu bersalin,” katanya.
Mary mengakui, secara fizikalnya dia amat berhati-hati demi bayi dalam kandungan itu. Justeru, doktornya sentiasa bersamanya bagi memantau latihan baletnya.
Kehamilan Mary turut memberinya ilham mewujudkan senaman prabersalin Ballet Beautiful.
“Doktor memberi sokongan yang penuh kepada saya bukan saja untuk meneruskan senaman, tetapi mengekalkan rutin biasa iaitu menjalankan perniagaan serta mencipta siri terbaru senaman prabersalin Ballet Beautiful.
“Kehamilan juga membolehkan kita mewujudkan suasana yang ceria, menarik dan kreatif,” katanya.
Dia muncul dalam pakaian senada, anggun dan selesa.
Potret terbabit diambil dalam studionya dan dimuat naik ke laman Instagram.
Mary turut menasihati ibu hamil agar kekal aktif dan tidak melawan sebarang perubahan dalam diri mereka.
“Pendekatan saya adalah dengan menerima kehadiran si kecil, sentiasa mengusap perut ini dan menerima perubahan pada setiap fizikal saya.
“Daripada berjuang melawan perubahan dalam badan, saya menyambut kedatangan mereka dan saya gembira melihat wanita lain melakukan perkara yang sama,” katanya lagi.
sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Menaribaletketikahamil/Article

DIA terkenal sebagai pelatih terbaik Victoria Secret Angels dan artis seperti Natalie Portman.