D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

29 Disember 2013

KISAH BENAR : BAKAL SUAMI UTAMAKAN KUCING DARI BAKAL ISTERI- LAWAK

Teman lelaki saya sangat obses dengan kucing peliharaannya. Dia bela tiga ekor dan baginya, kucing berkenaan adalah anak jagaan yang sentiasa perlukan perhatian. Mulanya, saya menyukai hobi itu kerana beranggapan dia akan lebih sensitif pada saya.
Namun, apa berlaku adalah sebaliknya. Saya jatuh ke tempat keempat atau kelima selepas semua kucing kesayangannya.

Ini terbukti ketika dia gagal datang ke majlis konvokesyen, baru-baru ini disebabkan kucingnya sakit, sedangkan pada hari itu saya ingin memperkenalkannya kepada ibu bapa saya.

Saya sangat marah dan ingin memutuskan hubungan kerana memikirkan dia pasti mengutamakan kucing sebaik kami berkahwin kelak.


HAYA
Subang Jaya, Selangor


Mahu terus bersama atau berpisah? Keputusannya terletak di tangan saudari kerana saudari berpasangan dengan kekasih yang obses dengan haiwan peliharaannya dan hanya saudari tahu kemampuan mahupun sanggup toleransi dengan hobi pasangan.

Sebaik menjadi kekasih atau merancang masa depan hidup bersama, seharusnya saudari serta kekasih menyedari keutamaan masing-masing.

Perlu ada istilah ‘memberi serta menerima’ apabila sama-sama sedia beri janji setia. Bukannya keinginan diri serta keselesaan diri mengatasi perasaan cinta.

Saranan Dang Setia, bincangkan konflik berkenaan dan biarpun kedengaran pelik apabila perasaan diketepikan hanya kerana kucing, ia masih penting andai saudari ingin terus bersamanya.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bakalsuamiobseskucingpeliharaan/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog