D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

13 November 2013

SUAMI GIAN TANGKAP GAMBAR SEKSI

Saya lelaki yang berkahwin dan ada dua anak. Saya mempunyai hobi pelik iaitu gemar merakam gambar wanita berpakaian seksi dan memuat naik dalam komputer. Meskipun berkahwin, saya masih meneruskan hobi ini.
Malah, ia bagai ketagihan kerana hingga kini menjadi kemestian saya merakam gambar curi. Baik dalam tren mahupun memandu, apabila terserempak dengan wanita mengenakan pakaian seksi, saya merakam gambarnya.

Saya cuba hentikan seketika tetapi sukar membuang tabiat itu. Bagaimanakah caranya saya dapat menghentikannya?

OJAK
Mantin, Negeri Sembilan




 Mujur saudara tidak pernah tertangkap kerana ia satu kesalahan iaitu mengganggu dan mengancam privasi individu lain. Andainya seorang mangsa menyedari tindakan itu, tidak mustahil saudara menghadapi risiko, termasuk dipukul mahupun ditangkap polis.

Bagi Dang Setia, rawat tabiat buruk itu dengan aktiviti lebih manfaat. Daripada merakam gambar serta menyimpan koleksi gambar wanita seksi, alihkan hobi dengan aktiviti merakam gambar sopan.

Merakam gambar pemandangan mahupun situasi di jalanan mampu memberi kesan baik kepada diri mahupun emosi.

Sebagai permulaan, cuba letakkan situasi saudara andai orang lain pula melakukan perkara sama terhadap isteri.

Adakah saudara reda dengan tindakan individu terbabit? Selain itu, dapatkan bantuan terapi berkaitan untuk membantu mengatasi ketagihan itu.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ketagihrakamgambarperempuan/MA/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog