ALOR GAJAH: Persiapan sebuah keluarga melangsungkan majlis
perkahwinan anak bongsu mereka terjejas selepas tiga daripada tujuh
khemah yang dipasang diterbangkan angin sebelum menghempap bumbung rumah
jiran manakala bakinya runtuh di Taman Seri Pelangi, Rembia, di sini,
semalam.
Kejadian kira-kira jam 7 malam di Jalan Seri Pelangi 6 itu turut merosakkan bumbung deretan empat rumah yang dihempap khemah berkenaan.
Saksi, Nasarudin Md Shah, 28, berkata ketika kejadian dia sedang
menghias kerusi di bawah khemah sebelum hujan lebat dan angin kecang
melanda kawasan perumahan berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis
akad nikah pasangan Siti Norrita Mohd Yusof, 25, dan Mohd Azwan Samat,
25, berlangsung.
"Ketika kejadian angin bertiup kencang, namun apabila hujan saya merapatkan kerusi ke meja bagi mengelakkannya basah sebelum berlari masuk ke perkarangan rumah pengantin selepas melihat khemah mula beranjak beberapa kali ke pagar dan ada yang runtuh.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi angin menderu yang amat kuat, dalam sekelip mata khemah yang dipasang beranjak sehingga ada yang runtuh dan terbang menghempap empat rumah bersebelahan," katanya.
SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khemahkenduriterbang/Article