D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

4 November 2013

KISAH SERAM VILLA NABILA - JOROH



Ok pada entry yg lepas Nh telah kongsikan tentang Misteri Banglo hilang yg masih lagi menjadi misteri..  Tapi pada kali ini Nh nak kongsi pula tentang Misteri sebuah Banglo yg diberi nama Vila Nabila yg terletak dikawasan lereng bukit berdekatan Danga Bay di johor Bahru.. memang banyak port misteri dalam negeri johor ni masih lagi terus menjadi misteri sehingga kini...




Dah lama Nh cari info vila nabila ni cuma Nh tak buat keputusan lagi untuk pergi ke sana, Tapi mungkin taklah, sebab dengar cerita Vila Nabila telah pun dirobohkan... seperti Kisah Banglo hilang tu, kisah Vila ini pun banyak versinya.. jadi mari kita baca versi-versi kisah Misteri disebalik Vila nabila ini...



Versi 1 : Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.


Versi 2 : Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.



Versi 3 :  Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.


Versi 4 : Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.



Versi 5 : Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.



Apa macam dah baca versi-versi diatas? Nh pun pening lalat dibuatnya.. mana satu versi yg betul-betul sah tentang Vila nabila ini, Tapi Nh Rasa Versi ke 6 dibawah ini adalah versi yg boleh masuk dek akal, Tapi tak tahu lah pada korang macam mana.. Ok cer baca...


Versi 6 A.K.A versi terakhir : Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut..


Begitulah kisah Vila Nabila yg dikatakan misteri ini.. ramai juga group yg pergi ke vila ini untuk merasai sendiri kemisterian vila nabila, ada juga gangguan-gangguan aneh yg dorang alami, ada yg pergi berempat, tiba di vila  jadi lima orang, ada yg pergi berlapan tiba disana jadi sembilan.. sapa pula yg ke 9 tu yek?? huhu seram.. mereka yg bawa kenderaan kesana, tiba-tiba enjin tak boleh dihidupkan.. ada juga diganggu dengan bunyi ketukan bertalu-talu di bumbung kereta yg dibawa.. entahlah tak dapat nak dipastikan...

SUMBER : http://blognasirhamzah.blogspot.com/2012/04/adakah-misteri-vila-nabila-telah.html


SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog