Sydney: Seorang wanita langsing semula jadi dan kini hamil anak
pertama menjadi sasaran kritikan kerana mempromosikan diet keterlaluan
yang menyaksikan dia memakan pisang secara melampau.
Loni Jane Anthony, 25, dari Australia mendedahkan dalam blognya, dia memakan sehingga 20 biji pisang sehari, sama ada secara mentah dan dibuat minuman smoothie sebagai sarapan, makan tengah hari dan kadangkala mencampurkannya dengan salad ketika makan malam.
Selepas mendedahkan mengenai rancangan pemakanannya yang berasaskan
buah-buahan kepada news.com.au, orang ramai menyifatkan wanita itu tidak
bertanggungjawab dan suka memuji diri sendiri terutama melalui laman
Instagram.
Loni menyatakan dia berbangga kerana mempunyai hampir 100,000 pengikut sambil memuat naik puluhan imej menunjukkan tubuhnya yang ramping.BACA SETERUSNYA