MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar
biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di
Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain
menimbulkan pelbagai andaian.
Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu.
Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil.
“Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian. BACA SETERUSNYA