LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2

Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha
Home » » GOPENG- MAYAT DAN SEKEPING NOTA

GOPENG- MAYAT DAN SEKEPING NOTA

GOPENG – “Saya bunuh diri secara seksa,” itulah nota yang ditulis dalam bahasa Mandarin yang dijumpai di samping mayat seorang lelaki yang ditemui dengan kesan bakar di seluruh badannya di sebuah pondok di taman permainan Taman Sayang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, lelaki berusia lingkungan 55 tahun itu ditemui orang awam berdasarkan bau petrol di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Ng Kong Soon berkata, hasil pemeriksaan menemui lelaki terbabit terbaring mengiring dalam keadaan berbogel dengan kesan 55 peratus melecur di seluruh badan.

“Malah siasatan forensik mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala, dipercayai mangsa menghentak kepalanya dengan batu sebelum melumur badannya dengan petrol dan bakar.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebotol minyak berisi petrol, batu berlumuran darah dan nota membunuh diri,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak mempunyai unsur jenayah.

“Kita sedang mengenal pasti mangsa berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat,” katanya.

Kong Soon meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga lelaki lingkungan 50-an dengan ketinggian kira-kra 160 sentimeter tampil mengecam mayat terbabit.

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/nota-kecil-di-sisi-mayat-bogel-1.220649
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger