D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

2 November 2013

Soalan Ramalan SPM 2013

Soalan Karangan Bahan Rangsangan : Faedah Klinik 1 Malaysia.
Penubuhan Klinik 1 Malaysia diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato' Seri Najib bin Tun Abd Razak pada 23 Oktober semasa pembentangan Belanjawan Negara 2010. Objektif utama :
1. untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan keoada penduduk kawasan bandar.
Bersesuaian dengan Konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM 10 juta setahun untuk menampung kos operasi bagi 50 buah Klinik 1 Malaysia di seluruh negara.

Faedah :
1. Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.
2. pesakit mendapat rawatan secara cepat dan mudah. Waktu operasi dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam ( jangkamasa yang panjang ) - memudahkan pesakit - diuruskan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan seorang jururawat terlatih- pegawai perubatan ditugaskan bekerja mengikut syif.
3. mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.
4. menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum. Kos rawatan dikenakan sebanyak RM 1 untuk warganegara Malaysia, RM 15 untuk warganegara asing.
5. dapat mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap klinik - klinik swasta yang mengenakan harga sesuka hati.
6. mengeratkan ikatan silaturrahim dan perpaduan kaumdalam kalangan rakyat Malaysia.
Penutup
Klinik 1 Malaysia mampu membela nasib raykat golongan sederhana yang menetap di kawasan bandar. Keprihatinan kerajaan Malaysia meringankan beban mereka untuk hidup sihat sejahtera seperti insan - insan lain di bumi bertuah ini. Apabila bebas daripada belenggu penyakit, rakyat dapat hidup sihat, mampu menjalani kehidupan seharian dengan lancar.

Harap murid - murid dapat sisipkan ungkapan menarik yang sesuai.
Selamat Maju Jaya.
 
sumber : https://www.facebook.com/sormon.nailiew?hc_location=stream

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog