D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

13 November 2013

SIAPA SEBENAR MENTERI BESAR PERAK

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Pangkor, Negeri Perak dan menjadi Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009 selepas 3 Adun Pakatan Rakyat menjadi Adun Bebas.
Beliau berkelulusan Ph.D dari Amerika Syarikat dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1998, beliau telah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kerjaya

Sejak kanak-kanak lagi, Zambry merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sepak sehingga digelar "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil, Pelé serta giat dalam permainan sepak takraw dan badminton.[3]
Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986)[4] dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).
Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak. Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak.[5]
Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[4] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kelulusan [6]

Tahun Pendidikan Kelulusan
1987 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia B Econs (Kepujian)
1991 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia MA (Pemikiran Islam)
1992 Universiti Temple, Amerika Syarikat MA (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama)
1995 Universiti Temple, Amerika Syarikat Ph.D (Pemikiran Politik)

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog