http://www.sinarharian.com.my/lompat-parti-pas-perak-saran-zambry-lapor-polis-1.219876
SHAH ALAM – Pas Perak menyarankan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membuat laporan polis bagi menafikan 'khabar angin' yang mengatakan ada Adun BN negeri itu yang akan melompat parti jika benar ianya palsu dan tidak benar.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, khabar angin tersebut merupakan satu perkembangan tidak sihat dan boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik serta ekonomi Perak sepertimana tragedi 'rampasan kuasa' yang berlaku pada tahun 2009.
“Sebagai sebuah pakatan yang berintegriti, PR Perak sudah pasti tidak akan mengulangi sejarah hitam tersebut.
“Pihak BN Perak juga tidak perlu menafikan pilihan rakyat dengan mencadangkan pembubaran Dun supaya pemerintahan negeri ini tidak dibina di atas dasar pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Perak.
“Bagi kami juga, ianya merupakan perkembangan politik yang sudah dijangka berikutan kedudukan kerusi Dun Perak yang tidak memberikan kemenangan 'mutlak dan selesa' kepada BN Perak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Minggu lalu, satu komen di akaun Twitter milik @rumahghuntoh mendakwa terdapat dua wakil rakyat BN negeri itu mengadakan pertemuan sulit bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Komen itu berbunyi, “Prtmuan (pertemuan) sulit 2 YB BN Perak untk (untuk) melmpat (melompat) prti (parti) di Pmtg (Permatang) Pauh berlaku kelmarin...”
Respons terhadap penyebaran Twitter itu, Zambry berkata, perkara sedemikian bukanlah satu isu baru kerana pernah ditimbulkan sejak 2009 lalu.
Menurut Zambry lagi, BN Perak mempunyai misi lebih penting daripada memikirkan perkara seumpama itu dan lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.
"Bagi kita, itu perkara biasa. Ada juga ura-ura yang mengatakan ada Adun daripada pembangkang pula yang menemui saya. Apa pun bagi saya, yang penting, kurangkanlah politik dan mula 'bekerja' bagi membangunkan negeri," katanya.
Sementara itu, tambah Ahmad Nuri, apa yang berlaku adalah pengajaran kepada mana-mana parti agar memastikan semua calon yang akan bertanding pada PRU adalah benar-benar bersih dan berpegang kuat kepada dasar serta prinsip parti mereka sahaja.
Tambahnya lagi, sidang Dun Perak pada 25 November ini nanti amat dinanti-nantikan oleh banyak pihak jika benar ada usul tidak percaya kepada Menteri Besar yang akan dibentangkan.
SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/lompat-parti-pas-perak-saran-zambry-lapor-polis-1.219876