D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

7 Julai 2013

sejarah Perlombongan Bijih Timah di Redang Panjang Perak

Artifak sejarah Perlombongan Bijih Timah di Redang Panjang

Roda keretapi lombong bijih timah yang pernah beroperasi di Ulu Sungai Merah, Redang Panjang
semasa zaman penjajah sehinggalah awal tahun 70an.  
Sungai Merah adalah satu daripada cabang Sungai Kerian.  Memandangkan ulu (penghujung) Sungai Merah berakhir di kawasan Redang Panjang dan air amat diperlukan untuk perusahaan lombong bijih timah dan pertanian, satu terusan iaitu Turusan Ijok telah dibina oleh pemerintah Inggeris seawal tahun 1936.  Terusan itu menyambungkan Sungai Merah dengan Sungai Ijok sejauh lebih kurang 10 km.  Terdapat tiga binaan penting disepanjang terusan ini selain daripada terusan itu sendiri iaitu Pintu Air (Gate), Binaan Terusan Atas Sungai dan 'Perigi Gergasi'.   Dengan wujudnya tasik buatan, Tasik Bukit Merah kini Sungai Merah yang menerima aliran air daripada Sungai Ijok melalui Turusan Ijok mengalirkan air terus ke tasik tersebut.   
'Kepala Paip Siput"
Salah satu komponen dalam sistem perpaipan lombong dedah.  Digunakan untuk menembak air ke kawasan berbijih untuk dialirkan ke kawasan takungan dan palong sebelum kerja mengasingkan bijih dijalankan.
Artifak-artifak itu telah ditemui pada 2002 melalui satu ekspidisi 'Projek Eko-Kreatif' oleh Persatuan Kemahiran Hidup SMK Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.  Kini artifak-artifak itu digunakan sebagai binaan/elemen landskap sekolah

sumber : http://fascinatinggallery.blogspot.com/2010/03/artifak-sejarah-perlombongan-bijih.html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog