The Anglo-Zanzibar War: Perang Paling Singkat Dalam Sejarah, Hanya 40 Minit
The Anglo-Zanzibar
War merupakan peperangan aneh antara British melawan Zanzibar pada 27
Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang
terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian
pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan
Khalid bin Barghash.
The Anglo-Zanzibar War – Foto Wikipedia |
Menurut perjanjian yang
ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan
konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa
persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi
saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya.
Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan
bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.
Sikap menentang Khalid
dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British
membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga
istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya
seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu
hanya berlangsung selama 40 minit.
SUMBER : http://www.malaysiasensasi.net/2013/06/tujuh-peperangan-yang-aneh-dan-pelik.html