sumber : http://www.faizalyusup.net/2010/04/kisah-seram-tapi-benar.html
Ini
adalah kisah benar, hal itu terjadi pada seorang lelaki, kakitangan
yang bekerja di tingkat 40 Menara KLCC. Pada malam itu (Jumaat malam),
ia bekerja lebih masa dan terpaksa pulang sendiri sekitar tengah
malam.... Tidak ada sesiapa lagi di dalam bangunan tesebut, selain
daripada pengawal keselamatan yang membuat rondaan malam dan keadaan
cukup gelap di tingkat itu. Dia menuju ke lif dan menekan butang ke
bawah. Tak lama kemudian pintu lif terbuka. Tiada sesiapa pun di dalam.
Dia masuk dan kemudian, menekan "G" untuk tingkat bawah. Entah kenapa,
lif tersebut tidak turun ke bawah tetapi naik ke atas. Dia cuba untuk
menekan butang turun tetapi ia terus juga naik.
Ketika
sampai di tingkat 88, tingkat yang paling tinggi lif itu berhenti!
Pintu terbuka, dan kemudian, seorang wanita yang misteri sangat cantik,
dengan rambut hitam panjang mengurai dan berpakaian serba putih,
tersenyum manis padanya sambil melangkah memasuki lif. Bau yang teramat
wangi mula menyelinap ke seluruh lif tersebut...
Lelaki
itu bertanya-tanya siapakah gerangan gadis itu, kerana dia tidak pernah
melihatnya sejak dia bekerja di menara tersebut. Dia bertanya pada diri
sendiri... siapakah dia, dan mengapa dia belum pulang ketika hampir
tengah malam, tidak selamat bagi wanita sendirian larut malam begini.
Dia ingin bertanya, tapi kerana malu, dia hanya berdiam diri.
Dalam
keheningan, lif turun perlahan dari lantai satu ke yang lain ... 77...
76... 75... 48... 47... 46... 35... 34... 29... tiba-tiba di tingkat 13,
lampu-lampu di dalam lif terpadam dan lif tiba-tiba terhenti.
Dalam
kegelapan itu... Dia menekan butang kecemasan... Menunggu ... Tetapi
tidak ada apa yang terjadi. Tiba-tiba, bau yang tadinya begitu wangi
bertukar menjadi sangat busuk... Hingga dia terasa hendak muntah tetapi
ditahannya... Hatinya berdebar... Jantungnya berdegup kencang, peluh
dingin mula membasahi tubuhnya, dia tidak boleh bernafas... dan dalam
keadaan itu, dia mulai berdoa dan berusaha menenangkan diri, cuba
bernafas secara normal walaupun tangannya menutup hidungnya... Sementara
itu bergerak ke belakang perlahan.
Kemudian, lampu menyala.
Tiba-tiba, wanita itu! Yang berada di belakangnya tertawa menakutkan .... dan berkata ...............
"Maaf, saya terkentut, siang tadi saya makan banyak telur.... Awak tidak marah kan?