Kuala Besut: Presiden umum calon PAS 9 Julai
SUMBER : Harakahdaily, | 07 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Calon PAS bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Terengganu
akan diumumkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 9 Julai
ini.
Presiden PAS akan membuat pengumuman itu pada satu majlis yang akan diadakan di kawasan Dun Kuala Besut bermula jam 9.00 malam.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily.
Katanya, pemimpin tertinggi PAS turut hadir pada majlis tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan tiga nama calon untuk dipertimbangkan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar selepas menghidap paru-paru berair pada 26 Jun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima surat pemakluman
kekosongan kerusi DUN Kuala Besut daripada Speaker DUN Terengganu, Mohd
Zubir Embong, 27 Jun lalu.
Sehubungan itu, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Presiden PAS akan membuat pengumuman itu pada satu majlis yang akan diadakan di kawasan Dun Kuala Besut bermula jam 9.00 malam.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily.
Katanya, pemimpin tertinggi PAS turut hadir pada majlis tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.
BN kemuka tiga calon pilihan raya kecil DUN Kuala Besut
Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan tiga nama calon untuk dipertimbangkan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar selepas menghidap paru-paru berair pada 26 Jun lalu.
Sehubungan itu, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
SUMBER : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BNkemukatigacalonPRKKualaBesut/Article/