D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

7 Julai 2013

pekan kecil ijok dibangunkan semula


Raja Ahmad ketika membuat lawatan ke kawasan Pekan Ijok yang telah diroboh untuk dibangunkan semula
 
IJOK - Pekan kecil Ijok, di sini, bakal dinaik taraf semula dengan merobohkan bangunan-bangunan lama untuk kemajuan pekan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) melalui anak syarikatnya telah merobohkan bangunan-bangunan lama di pekan itu awal bulan ini.
Menurutnya, bangunan-bangunan baru akan mula dibina sebaik kerja-kerja pembersihan tapak selesai awal bulan depan.
"Bangunan rumah kedai dua tingkat sebanyak tujuh pintu ini akan dibina dengan harga sekitar RM180,000.
"Keutamaan akan diberikan kepada pemilik kedai asal yang terlibat, namun jika mereka menolak, ia akan dibuka kepada umum," katanya.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Raja Ahmad Zainuddin menyatakan fasa kedua projek menaik taraf semula pekan Ijok akan melibatkan beberapa lagi rumah kedai lama berdekatan yang sebelum ini diperbuat daripada kayu.
"Pembangunan semula Pekan Ijok amat bertepatan memandangkan ia terletak bersebelahan dengan Pekan Lenggong dan Gerik yang bersempadan dengan negara jiran, Betong, Thailand.
"Di bawah program menaik taraf pekan-pekan kecil di seluruh Perak, ia melibatkan sebanyak 14 pekan termasuk Kubu Gajah dan Batu Kurau dalam Parlimen Larut," katanya.
Katanya, satu taklimat khas mengenai projek tersebut telah diadakan oleh Pegawai PKNP pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan (JKT) Daerah Larut, Matang dan Selama baru-baru ini.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog