Masyarakat Cina Kampung Redang Panjang, dekat Selama melahirkan
rasa teruja menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd
Kadir dan isteri buat julung kalinya ke kawasan perumahan mereka.
Kunjungan itu memberi mereka kesempatan untuk bertemu pemimpin berjiwa rakyat itu secara dekat sambil beramah mesra dalam suasana bersahaja tanpa protocol.
Lebih meriah lagi, kunjungan Dr Zambry itu dibuat ketika penduduk di situ masih lagi dalam suasana ceria merayakan Tahun Baru Cina
Menurut Tee Leong Hock, 53, dia menyifatkan Menteri Besar serta wakil-wakil rakyat di Parlimen Larut merupakan pemimpin yang prihatin terhadap masalah rakyat serta berkhidmat dengan baik kepada penduduk di situ.
"Mereka adalah pemimpin yang patut dicontohi. Pelbagai pembaharuan serta kemajuan yang telah di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional.
"Kita boleh tengok sekarang kawasan ini sudah ada dewan serbaguna selain dewan orang ramai untuk membuat pelbagai aktiviti," jelas Tee.
Kunjungan Dr Zambry dan isteri ke kawasan perumahan itu merupakan sebahagian program turun padang ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’ ke Parlimen Larut hari ini.
Selain dijamu dengan limau dan kuih muih, Dr Zambry turut menghulurkan ‘ang pow’ kepada golongan memerlukan ketika membuat tinjauan rumah ke rumah di situ.
Kampung tersebut yang merupakan satu-satunya penempatan Cina di DUN Kubu Gajah menempatkan 300 orang penduduk.
Rata-rata mereka bekerja sebagai petani dengan mengusahakan ladang kelapa sawit serta getah.
ADUN Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin berkata beliau sering membuat lawatan ke kampung tersebut bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.
“Kita juga sedang berusaha untuk mengatasi beberapa masalah di sini seperti masalah perparitan dan banjir. Saya sudah ketengahkan masalah mereka dan berharap tindakan segera akan diambil oleh pihak berwajib,” katanya. sumber