Bermula
tahun 2006 Laman Herba Kelab Rentong mendapat suntikan baru bagi
meneroka nilai herba.Usaha ini telah mendapat sokongan daripada pihak
MARDI untuk menjadikan tanaman herba sebagai tanaman komersial seperti
beberapa komuditi lain termasuk sawit , getah , koko dan lada hitam.
Di
Malaysia terdapat lebih 2,000 spesis tumbuhan ubatan yang telah
didokumentasikan dan bakal menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba.Pihak
MARDI telah mengenalpasti 18 jenis tumbuhan yang berpotensi untuk
dimajukan.Namun sebagai permulaan hanya 12 jenis iaitu terdiri daripada
lidah buaya,hempedu bumi,pegaga,kunyit,serai wangi,tongkat
ali,cekur,misai kucing,mengkudu,kemangi,dukung anak dan nilam.
Pendekatan terbaru MARDI patut disokong memandangkan telah meningkatkan permintaan produk herba.Pada
tahun 1996 sahaja penggunakan makanan herba dunia untuk kesihatan telah
mencecah RM950 bilion dan dijangka meningkat sehingga RM2.380 bilion.
Malaysia
sendiri mengalami peningkatan dalam nilai eksport tumbuh-tumbuhan
ubatan dan beraroma darpda RM141 juta pada tahun 1986 kepada RM431 juta
pada tahun 1996.Pasaran makanan kesihatan turut meningkat sebanyak 15
pertaus setahun.Ia dinilaikan pada RM28 juta tahun lalu,namun industri
herba telah meningkat dengan mendadak dan dianggarkan bernilai RM2
bilion sekarang.
Dari fakta-fakta yang telah diperolehi dari pihak MARDI dapatlah dibuat kesimpulan BAHAWA HERBA MEMPUNYAI POTENSI YANG CERAH PADA MASA HADAPAN.
Lawatan RISDA (23 Nov 2006)