D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

1 Julai 2013

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2014/2015

1 Julai hingga 10 Oktober 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013

Pemohon disyorkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan. Untuk sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083.

Manual Permohonan Melalui Internet (PMI)

Applikasi Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2014/2015 - KLIK DI SINI

Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2014 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2013. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2013.

  Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
   
  Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
   
       Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum SILA KLIK

Borang Permohonan Melalui Internet di SINI

Sebarang masalah anda boleh layari secara detail KLIK DI SINI

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog