D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 Januari 2013

LAGU MP3 OST RUBY TV3 -Download

Budak Ini Mengaku Pernah Masuk Syurga



Remaja yang hampir meninggal dunia kerana ususnya pecah mengaku ke syurga dan bertemu dengan saudara perempuannya yang sudah meninggal dunia. Padahal, kedua orangtuanya tidak pernah cerita soal anak perempuan itu.

Colton Burpo, 11, mengaku ketika berusia empat tahun, dia mengalami sakit parah sehingga terpaksa menjalani pembedahan darurat sebanyak dua kali. Setelah pulih, dia memberitahu ibu bapanya, Todd dan Sonya, bahawa dia baru saja bertemu dengan kakak perempuannya yang belum pernah dia temui. Wajar, sebelum melahirkan Colton, Sonya keguguran janin perempuan. Kerananya, kedua orang tua Colton tidak pernah menceritakan cerita sedih itu.

“Perempuan itu nampak sangat biasa. Dia memberikan saya pelukan dan mengatakan senang bertemu seorang anggota keluarga di sana,” kata Colton yang mengungkapkan pengalaman luar biasa itu di buku terbaru Heaven is for Real.

“Dia mengaku tidak memiliki nama. Dia tidak pernah diberikan nama. Tapi dia tidak sabar bertemu dengan ayah dan ibu di syurga,” kata Colton lagi menceritakan soal saudara perempuannya itu.

Colton juga mengatakan bertemu datuknya Pop, yang meninggal 30 tahun lalu dan tidak pernah dikenal Colton, walaupun melalui. Colton mengaku penglihatannya di syurga tidak berdasarkan pengalaman hidupnya di dunia nyata.

Ketika ditanya bagaimana keadaan di syurga, Colton menjelaskan dengan sangat spesifik. “Wow. Ada banyak warna pelangi. Ini adalah sebuah tempat yang indah dengan banyak benda yang menakjubkan.”-SUMBER

Kolam Renang Dalam Van

Kolam renang awam di China dikatakan terlalu sesak, kotor, dan kanak-kanak amat dilarang untuk mendekatinya. Disebabkan masalah tersebut, seorang bapa tekad menyediakan sendiri kolam renang istimewa untuk anaknya.

Dia membuang kesemua tempat duduk belakang dalam vannya. Kemudian dia menggunakan nilon dan juga dawai untuk menghasilkan kolam renang. Kolam tersebut diisi dengan air dan akhirnya sedia untuk digunakan.

Kolam ini berkeluasan sekitar 1.7x1.3 meter dengan isian air paras kedalaman kira-kira 20 sentimeter. Kanak-kanak yang ditemuramah mengatakan, "Gembira!Hebat dan selesa!" Dia sendiri mengakui gemar bermain dalam kolam renang tersebut hampir setiap hari. Ayahnya pula mengatakan van tersebut tidak lagi digunakan dan ianya cara terbaik bagi menjamin anaknya sentiasa bersih dan selamat ketika berenang. Mereka sekeluarga tinggal di Wenzhou, Zhejiang, China.


KLIK SINI UNTUK ORG SUNGAI PETANI SAHAJA

NOTIS PEMBERITAHUAN
PROGRAM GOTONG ROYONG
" MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY "
AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT

TARIKH :3 FEB 2013
MASA   : 8:00 PAGI
LOKASI BERKUMPUL : DATARAN (JAM BESAR SUNGAI PETANI)
LOKASI GOTONG ROYONG :BANDAR SUNGAI PETANI/JLN IBRAHIM /JALAN PATANI

TUAN PUAN DI JEMPUT HADIR
SARAPAN DAN MAKANAN TENGAH HARI DI SEDIAKAN

SEBARANG PERTANYAAN : MPSPK 04-4296666 / EN AMMAR BIN SALLEH 012-4912969

Tomoi guna jin


Sesetengah upacara penamatan latihan senibela diri tomoi disudahkan dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut. Pulut itu adakalanya hadir dengan ‘kuasa’ warisan yang akhirnya memakan diri. 


"SAYA sering gelisah. Pada waktu malam, jantung berdebar kuat dan badan menjadi panas. Dalam keadaan itu, perkara kecil pun boleh buat saya naik angin. Saya sedar saya semakin menjadi seorang yang pemarah," ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 36.

Pernah satu ketika hentakan siku dan lengan singgah di badan seorang pelayan restoran hanya kerana pelayan itu tanpa sengaja tertumpahkan kuah sup panas di belakang tubuh Kamal. Pelayan lelaki itu terjelepok ke lantai. Kecoh jadinya!


"Mujur isteri saya mententeramkan keadaan. Rayuan isteri buat saya kembali berfikir serta segera meminta maaf kepada lelaki itu. Malah, saya mahu membawanya ke klinik untuk dirawat jika ada kecederaan," imbasnya yang bernasib baik kes tersebut tidak dilanjutkan ke pihak berkuasa.

Pertemuan dengan Jurnal turut ditemani isterinya, Zalifah. Atas menghormati permintaan, mereka hanya mahu berkongsi cerita tanpa perlu gambar mereka diambil.
Walaupun Kamal mengakui dirinya cenderung untuk mengamuk, jauh dalam hatinya dia sedar bahawa perbuatannya itu salah. Namun, dia sering gagal mengawal perasaan itu.
Kisah sepak terajang di restoran itu adalah salah satu daripada banyak contoh Kamal melepaskan sikap panas barannya.
Baginya, sebarang perkara yang mengejutkan emosi dan fizikalnya umpama satu ancaman buat diri dan keluarga. Semangat pahlawan yang muncul entah dari mana mempengaruhinya agar bertindak!
"Pendek kata, saya pantang dicabar atau dikejutkan dengan sesuatu. Dalam fikiran hanya satu matlamat iaitu untuk menumpaskan lawan, walaupun saya sebenarnya bukan di gelanggang," kata Kamal yang berloghat Pantai Timur.

Kamal mengakui bahawa dia pernah mempelajari seni bela diri muay thai atau tomoi di kampungnya yang berjiran dengan tanah Siam. Selama lima tahun dia patuh pada tunjuk ajar jurulatihnya yang juga berasal dari seberang sempadan itu.
Seingat Kamal, dialah yang paling gagah di kem tomoi yang disertainya. Ramai lawan mudah ditewaskan di gelanggang. Dalam latihan, sudah banyak batang pokok yang patah-riuk hanya dengan tendangan menggunakan tulang keting. Rasa sakit pula hanya sekejap.
Kamal menjadi orang kesayangan jurulatihnya lantaran sering membawa pulang trofi kejuaraan.
Tanpa berasa hairan tentang tenaga tubuhnya yang tidak mudah surut ketika bertarung, Kamal tidak pula mencurigai tentang perkara-perkara lain.
"Tiga tahun lalu, saya telah berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur kerana menerima tawaran berkhidmat dengan sebuah pasukan keselamatan. Mengetahui hal itu, jurulatih saya di kampung segera menganjurkan upacara penamatan latihan tomoi.
"Katanya, sebagai satu majlis penghargaan. Antara lain, saya disuapkan pulut kuning olehnya," kata Kamal yang menyangkakan itu hanyalah ritual biasa.
Menurutnya, kesibukan tugas di Kuala Lumpur tidak memberi peluang kepadanya berlatih tomoi seperti selalu. Lama-kelamaan, bermulalah perubahan ketara dalam dirinya.



"Saya malas bersembahyang dan sering merancang untuk membuat perkara yang tidak elok. Saya bercakap besar dan suka mencari gaduh. Tanggungjawab pada Tuhan dilupakan, apatah lagi tanggungjawab pada keluarga.
"Di mana-mana pun, pasti ada yang cedera saya kerjakan. Saya rasa puas bila tengok orang yang dibelasah meminta dikasihani," terangnya yang hampir kehilangan kerja kerana sikapnya itu.
Jauh dalam hatinya, Kamal sedar betapa sudah ramai yang menjadi mangsa amarahnya. Isterinya juga tidak terkecuali. Hinggalah akhirnya kesulitan dan kecelaruan perilaku itu sampai ke pengetahuan seorang ustaz yang sudi membantu Kamal. Itupun atas inisiatif rahsia teman-teman sekerja Kamal.
"Ketika bertentang mata, suami saya seperti amat berdendam pada ustaz itu. Dia serta-merta menceceh dalam bahasa Siam dan kemudian membuka buah (langkah) tomoi. Saya seperti tak percaya apa yang dilihat dengan mata sendiri," kata Zalifah yang turut merancang pertemuan itu dalam senyap.
Enam orang yang berbadan sasa, menurut Zalifah, diperlukan untuk menandingi kekuatan Kamal yang terbit mendadak. Rancak berasak dan bergelut, disertai tekanan ilmu penawar dari ustaz itu, Kamal akhirnya memuntahkan sesuatu.
"Dia tak henti menjerit dan mendengus berat saat direbahkan beramai-ramai. Macam lembu korban, perlahan-lahan dia hilang tenaga dan tidak melawan," kata Zalifah.

TANPA disertai ritual syirik, tomoi sudah cukup sifatnya sebagai jurus seni bela diri yang menyeronokkan dan menyihatkan fizikal.


"Saya betul-betul tidak sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Saya cuma rasa tubuh semakin lemah, seperti bertarung berjam-jam lamanya dengan lawan yang sangat kuat," ujar Kamal yang mengakui fikirannya lebih tenang selepas mengikuti siri rawatan bersama ustaz tersebut.
Apabila dikenangkan semula, Kamal teringat tentang hidangan makanan, air mandian wangi dari kolah dan mangkuk tembaga yang diletakkan di sisi kiri dan kanan tempat tidurnya di kem tomoi di kampungnya dahulu. Semua itu disediakan jurulatihnya.
Kamal sempat berpesan, kalau ada sesiapa yang mewarisi ilmu muay thai atau tomoi dan sedang berbangga dengan kemahiran yang ada agar berwaspada dengan perubahan diri. Ilmu kebatinan pasti meminta 'pulangan' daripada tuannya.
"Apa yang dimuntahkan?" tanya saya kepada Kamal.
"Awak tak akan percaya. Benda yang dimuntahkan itu kelihatan seperti gumpalan pulut. Sama seperti yang saya makan bertahun-tahun dahulu di kem tomoi itu," jawabnya. SUMBER

assalammualaikum

Salam ustaz,
Mohon keizinan utk menggunakan doa ini dlm majlis kami..t.kasih

kenapa anda patut servis kereta di castrol auto service?



kenapa anda patut servis kereta di castrol auto service? disini jawapanya

29 Januari 2013

Cara Aktifkan Windows 8 Tanpa Key - Enable personal setting

Potret misteri banduan akhir

Oleh ADHAM SHADAN




SEBAGAI tempat untuk menghukum penjenayah, entiti' 'Penjara Pudu adakalanya datang mengganggu.




“AKU ingat kalau hangpa (kamu) kena ganggu macam ni, mau terkencing dalam seluar dan silap hari bulan boleh demam seminggu.” Begitulah kata-kata seorang warden penjara yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran Ahmad Mohd. Jais saat dia melawat Penjara Pudu pada tahun 1996 selepas penjara itu dikosongkan.


Photobucket
Ahmad, 49, memberitahu, warden tersebut yang merupakan sahabatnya mendakwa, warden-warden penjara selalu menerima gangguan di pondok kawalan mereka bertugas.
“Di pondok kawalan inilah ramai warden yang bertugas pada waktu malam selalu menerima gangguan. Ada ketikanya kerusi dalam pondok kawalan ini terbang keluar seolah-olah dibaling atau dicampak keluar oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di dalamnya,” kata Ahmad kepada Jurnal baru-baru ini.

Potret misteri


Penjara Pudu kini tinggal kenangan apabila tembok penjara berusia lebih 100 tahun di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur itu dirobohkan pada 21 Jun lalu.
Dalam tempoh lebih seabad, ramai banduan yang dihukum mati di Penjara Pudu termasuk penjenayah-penjenayah terkenal dalam lipatan sejarah negara. Dari 1960 hingga 1993 sahaja, seramai 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati.
Pada tahun 1996, Penjara Pudu ditutup manakala banduan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.
Seorang bekas penghuni Penjara Pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu. Ia tentang potret misteri.
“Ia berkisar tentang seorang banduan akhir iaitu panggilan untuk banduan yang akan dihukum mati.
“Dia banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum dia dihukum gantung. Warden memberitahu, lampu di bilik sel itu akan terpadam dan ia akan sentiasa gelap. Dalam kegelapan itu, potret itu akan bercahaya seolah-olah ia hidup.
“Banyak orang mengadu melihat bayang-bayang berkeliaran. Lebih menyeramkan, bilik sel itu berdepan dengan sel saya,” katanya yang mendakwa banduan akhir itu ialah seorang wanita.
Ada juga yang mendakwa bahawa potret wanita itu juga akan ‘menangis’ apabila hari penggantungan seseorang itu semakin hampir.


PENJARA Pudu akan dirobohkan sepenuhnya bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan komersial.




Photobucket
Walaupun hanya sempat ditahan di penjara itu selama dua hari, namun Nasyitah yang ditangkap kerana terlibat dengan demonstrasi jalanan dapat merasai keseraman suasana di situ.
“Saya takut. Apabila warden itu ingin membawa kami melihat sel itu, empat orang rakan saya pergi tengok, saya sahaja tidak mahu tengok. Seram.

“Kawan-kawan saya beritahu memang betul kata warden tersebut. Dalam gelap, lukisan itu berkilauan dan menyeramkan. Mereka juga bercerita lampu tidak boleh dinyalakan di bilik tersebut, ia terus terpadam,” ujarnya kepada Jurnal.
Bermalam

Sementara itu, pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail yang pernah bermalam selama enam bulan di Penjara Pudu untuk menghasilkan tesis bertajuk Pudu Jail’s Graffity menceritakan pengalaman anehnya.
Kata Azril, antara bahagian penjara itu yang paling menarik ialah bilik gantung kerana ia menawarkan banyak ‘cerita’.
“Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakamkan satu garisan putih yang panjang dan melengkung. Bagi saya mustahil cahaya dapat dibengkokkan. Kalau hendak dikatakan ia asap, saya tahu sangat rupa kepulannya kerana saya seorang perokok.
“Saya bukan jenis yang gemar bercerita perkara-perkara mistik. Saya lebih suka kepada fakta dan akademik. Saya kemudian menghantar gambar itu untuk diteliti oleh pensyarah saya di Columbus College of Art & Design (CCAD) di Ohio, Amerika Syarikat.
“Mereka meminta saya untuk memeriksa peralatan tetapi tidak timbul masalah sama ada daripada kamera atau dalam proses mencuci gambar,” jelasnya kepada Jurnal tidak lama dahulu.
Azril berkata, kalau sudah bermalam di tempat begitu bukanlah suatu yang asing jika mendengar pelbagai bunyi dan gangguan.
“Keadaan lazimnya gelap. Saya pula mahu merakam gambar tanpa bantuan cahaya tiruan seperti flash kamera, sebaliknya menggunakan cahaya semula jadi. Jadi saya kena menanti lama untuk mendapatkan pencahayaan yang baik. Makan masa satu hingga dua jam setengah.
Jiran
“Dalam masa menunggu itu, saya rasa kepala saya diketuk sebanyak tiga kali. Seperti ada tangan yang mengetuk kepala saya.
“Kalau nampak bayang-bayang itu memang sudah biasa sangat. Sampai dah jadi normal bagi saya. Begitu juga dengan suara orang jerit melolong.
“Tapi saya tidak dapat tangkap apa yang disebut kerana bunyinya bergema,” ujar pensyarah di Jabatan Fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.
Selain itu, Azril juga mendengar bunyi lain seperti paluan beduk dua kali dan kakinya bagai dipeluk sesuatu ketika hendak memasuki bilik mayat.
Walaupun mempunyai kenangan seram di penjara itu, Azril menyatakan rasa duka-citanya kerana tembok dan kompleks Penjara Pudu itu dirobohkan.
“Ia satu seni bina ikon yang sungguh menarik dengan bentuk X. Saya mendapati ia mempunyai ciri persamaan dengan seni bina lama dari Perancis. Tapi masih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan kesahihannya,” katanya.








SISI eksentrik penjara berusia 115 tahun ini akan terus dikenang.



Seorang pekerja penjara juga mendedahkan kepada media baru-baru ini bahawa mereka disakat oleh bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara.
Jurnal juga cuba mendapatkan pandangan ‘jiran-jiran’ di sekitar Penjara Pudu tentang sejauh mana keseraman penjara lama itu.
Seorang penghuni rumah pangsa berdekatan yang telah mendiami kawasan itu selama 18 tahun menyatakan dia tidak banyak mendengar cerita seram penjara itu.
“Ada juga orang bercerita. Tapi saya biasa sahaja. Dari rumah saya boleh juga melihat penjara itu tetapi tidak ada banyak peristiwa aneh.
“Pernah jugalah macam terdengar suara orang minta tolong. Entahlah,” katanya yang dikenali sebagai Faris yang kelihatan seperti gelisah untuk bercerita.
Photobucket

Seorang pekerja keselamatan di sebuah stesen pengangkutan awam berdekatan memberitahu selama 15 tahun dia berkhidmat di situ, tidak ada cerita aneh yang didengarnya.
“Berdasarkan pengalaman saya, stesen ini tidak ada. Tetapi kalau stesen lain banyak cerita,” ujarnya.

28 Januari 2013

Asal Usul Salasilah Nama Hantu

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di 
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk 
pulang berhari raya... ... .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat 
menginapnya disyaki di balai - balai raya. 

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. 
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang 
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu 
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir. 

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. 
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. 
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin 
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin. 

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia 
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya 
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan 
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk 
itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. 
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada 
lagu 'Jerangkung Dalam Almari'. 





5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr. 
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! 
Pontianak ... Lekatlah nama pontianak . 

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan 
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. 
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. 
Hebohlah satu kampung 'Lari..lari. .. ..Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu 
yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai 
semahunya. 

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong! 


8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,komputer, komputer? akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam korangggg!!! ! 

9. Hantu Pelesit - Diceritakan ketika zaman pemerintahan British suatu masa dahulu wujudnya persatuan receptionist-receptionist yang sopan santun adanya namun dek kerana sifat mereka yang suka mendedahkan aurat tanpa segan silu telah menaikkan nafsu serakah di sekitar bukit cerakah lelaki-lelaki yang sedang enak bertenggek disitu sehinggakan para receptionist yang sungguh sopan santun dan ayu serta selalu mengucapkan ayat 'please sit' ini di perkosa dengan niat sehingga menyebabkan kematian yang ngeri. Dari ayat 'please sit' munculnya hantu pelesit bagi masyarakat yang telo lidahnya


anda fikir anda tahu Asal Usul Salasilah Nama Hantu Di Malaysia ? anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...

petikan dari http://www.akumijae.com/2013/01/asal-usul-salasilah-nama-hantu.html

Cerita gengster Melayu Singapura



"SELAMA 16 tahun menjadi Muslim yang jahil adalah kerugian paling besar dalam hidup saya." - Mahathir

PEMUDA ini, Mahathir Dawood, masih muda. Umurnya baru sahaja mencecah 24 tahun.
Berpewatakan menarik dan petah bercakap, beberapa potong hadis dan sirah Nabi yang dilafazkan tatkala menyertai sesi perkongsian pengalaman pada petang itu secara tidak langsung menonjolkan karakter warak lelaki ini.

"Jangan puji lebih-lebih. Saya masih baru mengenal Islam walaupun dilahirkan sebagai Muslim. Banyak lagi yang perlu dipelajari," ujarnya.
Ditemui selepas sesi kaunseling bersama remaja terlanjur di rumah perlindungan Baitul Fiqh di Subang Jaya, Selangor, Mahathir tidak lokek berkongsi sisi jahil kehidupannya.
"Saya mula kenal Allah semasa berumur 16 tahun, itu pun kerana saya berjumpa dengan orang yang selalu ajak saya sembahyang ketika direman.
"Kalau saya jumpa dengan orang yang salah lagi, mungkin sekarang saya masih sesat," katanya yang pernah dipenjarakan selama dua tahun angkara terlibat dalam rusuhan antara dua kumpulan gengster di Singapura.
Menurut Mahathir, dia terlibat dalam kumpulan Sio Kun Tong atau Salakau. Kumpulan itu juga dikenali dengan kod 369.
Ia bermula selepas Mahathir mengikut ibunya yang telah berpisah dengan bapanya berpindah ke Marsling, Singapura.
"Marsling adalah salah satu kawasan gelap di Singapura. Di situ pusat berkumpulnya penagih dadah, ahli kongsi gelap, pelacur, penyeludup, pencuri, kaki ponteng sekolah dan kaki judi, semua ada.
"Kesibukan ibu bekerja pula membuatkan saya lebih suka mencari hiburan di luar bersama kawan-kawan.
"Kami melepak, mencuri telefon bimbit dan menjualnya semula, menjadi penyeluk saku dan macam-macam lagi," kata Mahathir yang mula merokok dan menjadi ahli Salakau ketika berumur 12 tahun.
Jelas anak kedua daripada lima beradik ini, terdapat banyak kumpulan gengster di negara jiran tersebut.
Di kawasan tempat tinggalnya sahaja, ada beberapa kumpulan samseng dengan jumlah ahli melebihi 200 orang. Kumpulan samseng itu kerap bergaduh sesama sendiri.
Rebut perempuan
"Biasanya mereka bergaduh kerana tidak puas hati, mahu tunjuk kuat, luaskan pengaruh serta kawasan dan berebut perempuan," katanya.
Tidak serik bergaduh dan menjadi mangsa pukul?
"Hati saya sudah keras selepas sering terlibat dalam pergaduhan.
"Lagipun, saya cuma ada dua pilihan, sama ada memukul atau dipukul. Apabila sekali kena pukul, saya tidak akan lepaskan peluang untuk memukul orang lain pula.
"Memukul samseng dari kumpulan lain adalah cara terbaik untuk saya menarik perhatian dan keyakinan ketua," tuturnya.
Selain menjadi kaki pukul, dadah, rokok, arak dan perempuan adalah jamuan harian Mahathir.
"Saya memang tonggak tin arak macam air masak. Saya juga ada ambil ganja dan pil tidur.
"Semasa berumur 15 tahun pula, saya ditugaskan oleh taiko (ketua samseng) untuk menjaga keselamatan pelacur dan buat rundingan harga dengan pelanggan.
"Jika pelanggan enggan bayar, saya diberi tanggungjawab untuk memukul mereka," katanya.
Momen gelap kehidupan anak muda ini berakhir selepas buat kali pertama dia dimasukkan ke penjara setelah tiga tahun bergelar samseng.
Semasa menjadi tahanan reman, dia berkenalan dengan seorang tahanan lain bernama Ramo. Lelaki itu berjaya melembutkan hatinya untuk mempelajari Islam dan bersolat.
"Ramo banyak beri bimbingan dan nasihat kepada saya. Namun, perubahan itu tidak lama.
"Selepas didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun, saya terpisah dengan Ramo.
"Di penjara, saya kembali kepada tabiat lama. Solat saya abaikan.
"Bagaimanapun, selepas berkenalan dengan seorang banduan bernama Khairul Fahmi, perasaan takut kepada Allah seolah-olah ditiup kembali.
"Fahmi pernah bunuh orang dan dijatuhi hukuman penjara. Rakannya pula dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
"Terlepas daripada hukuman gantung sangat menginsafkannya. Ia seperti mati hidup semula. Fahmi menjadi rakan banduan yang rajin mengajak saya solat bersama dan mendalami agama," cerita Mahathir.
Apabila difikirkan semula, lelaki ini amat bersyukur kerana sempat kembali ke landasan kehidupan yang sepatutnya.
Benarlah katanya, walaupun majoriti masyarakat memandang rendah institusi penjara, lain pula bagi Mahathir.
Jihad
Padanya, di sebalik tembok dan jeriji besi itulah dia mengenali serta memahami Islam yang kini menjadi pegangan hidupnya.
"Di bilik pengasingan itu saya dapat mengubah diri daripada hamba dunia kepada Muslim yang dahagakan ilmu akhirat," ujarnya yang sempat mengumpulkan tahanan beragama Islam dan membentuk satu kumpulan jihad menentang kezaliman Israel ketika di penjara.
Dua tahun menjalani hukuman, perubahan positif Mahathir kurang disenangi ibu dan adik-beradikya. Tindakan Mahathir menegur cara hidup mereka yang selama ini kebaratan hanya menimbulkan kemarahan.
"Ibu tidak suka jika saya menasihatinya untuk bersolat dan menutup aurat. Adik-beradik yang lain pula menempelak dan memaki hamun.
"Katanya, bekas banduan yang pura-pura alim seperti saya tidak layak untuk menasihati mereka.
"Saya ambil masa dua tahun untuk pujuk mereka. Lama-kelamaan, mereka menerima saya kembali dan beransur-ansur mendalami Islam.
"Malah, adik saya yang paling kuat menentang kini sedang tekun mempelajari al-Quran.
"Syukur, Allah memakbulkan doa saya. Saya cukup takut jika ada ahli keluarga yang meninggal dunia dalam keadaan yang tidak diredai Allah," ujarnya sebak.
Penghijrahan Mahathir kali ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Sebaliknya, dia berazam untuk mendekatkan dirinya sekarib mungkin dengan al-Quran, bahkan dalam telefon pintar miliknya, hanya rakaman surah-surah al-Quran yang disimpan.
"Saya haramkan telinga saya untuk mendengar muzik. Begitu juga mata.
"Sangat sedikit rancangan di televisyen yang saya tonton," katanya yang kini mendalami bahasa Arab dan kefahaman Islam di Kolej Islam Mahmoodiah, Singapura.-SUMBER

idea mana yg akan menang RM100, 000 - Bantuan Anda diperlukan

27 Januari 2013

Halau Jin Pakai CD




AHMAD menyifatkan ayat-ayat Rukyah sebagai menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.


RUTIN harian Ahmad Husin, 35, seperti insan biasa lain. Usai bersarapan, pemegang diploma teknologi maklumat dari sebuah kolej tempatan ini bingkas bangun melayan pesakit yang bertandang ke premisnya yang terletak di hadapan Masjid Jumhuriyah, Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya, Selangor.
“Ada rasa sakit kepala, dada, tulang belakang atau rusuk selepas waktu Asar?” soalnya pada pesakit lelaki berusia lewat 40-an itu.
Tebak Ahmad lagi setelah jawapan negatif diberikan, selalukah mendapat mimpi dipatuk ular, jatuh dari tempat tinggi atau berada di lokasi sunyi dan kotor?
Juga negatif jawapan pesakitnya, Ahmad menggunakan pula pendekatan refleksologi untuk mengesan gangguan jin dengan cara memicit telapak tangan, lengan, ibu jari kaki dan pelipat lutut.
Oleh kerana kesemua lokasi yang ditekan tidak meninggalkan sensasi mencucuk seolah-olah renjatan elektrik, pesakit tadi disahkan bebas daripada gangguan jin atau sihir.
“Mungkin rasa sakit-sakit dan lenguh badan ini disebabkan kecederaan lampau,” ujarnya menyampaikan resolusi.
Pengalaman selama lima tahun Ahmad dan keberkesanan rawatan terapi al-Quran membuatkan Ahmad dipercayai pesakit.
Menurutnya, terapi yang berteraskan Rukyah Assyariah iaitu ayat tertentu daripada al-Quran dan doa yang selari dengan syariat ini bukan bidang baru dalam perubatan Islam.
Memperoleh ilmu daripada gurunya di Kedah, Ustaz Abdul Malik Lazim, Ahmad berkata membacakan ayat-ayat Rukyah kepada pesakit adalah kaedah yang paling afdal dalam menyingkirkan jin daripada tubuh seseorang.
Panas
“Semasa dibacakan 20 ayat Rukyah, pesakit diminta memejamkan mata dan mendengar dengan tenang tetapi tidak dibenarkan mengikut bacaan tadi bagi memastikan ayat tersebut ‘masuk’ ke dalam badan.
“Selepas itu, hembus ubun-ubun pesakit begitu juga dua botol air mineral bersaiz besar yang disediakan pesakit setiap kali datang berubat,” katanya.
Tambah Ahmad, sebotol air tersebut perlu diminum pesakit selama tujuh hari manakala sebotol lagi dibuat mandi.
Ahmad menyifatkan semua gangguan jin sebagai satu bentuk sihir. Antara simptom terkena gangguan jin ialah pesakit akan kerap bersendirian, menangis, tubuh menggeletar, meracau, badan bertukar panas, terdapat seperti sesuatu bergerak di bawah lapisan kulit dan pitam.
Oleh sebab itulah, apabila anggota badan pesakit yang mendapat gangguan jin disentuh, lokasi jin melekat akan terasa panas dan menjadi keras.
Kekuatan serangan jin ke atas manusia berbeza-beza dan akan menjadi-jadi sekiranya kaedah menghalaunya berbaur syirik.
Jin berupaya masuk ke dalam badan seseorang menerusi liang roma atau anggota badan yang berongga.
“Tidak kiralah sama ada melalui rongga badan yang besar seperti hidung, telinga, mulut dan kemaluan, jin juga berupaya merasuk manusia menerusi liang peluh,” bicaranya.
Sehubungan itu, Ahmad menyarankan setiap premis ‘dipagar’ dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi mengelakkan diganggu atau membuang sihir yang sedia ada.
“Laungkan azan di tengah-tengah premis atau rumah dengan menghadap ke arah kiblat dan renjiskan kawasan sekitar dengan air bacaan ayat Kursi,” katanya.
Ahmad turut mengesyorkan agar tiada gambar hidup digantung di dalam premis kerana gambar itu ibarat magnet yang menarik jin untuk singgah ke dalamnya.
“Simpanlah gambar di dalam album sahaja,” cadang Ahmad.
Dalam pada itu, terapi audio turut digunakan Ahmad dalam merawat pesakit yang terkena gangguan jin.
“Cakera padat (CD) yang mengandungi bacaan ayat-ayat Rukyah boleh dipasang setiap hari selama sebulan untuk mencegah daripada terkena sihir,” tegasnya.
Kereta
Amalan mendengar CD Rukyah di dalam kereta bagaimanapun tidak digalakkan kerana dikhuatiri membahayakan pemanduan.
“Jika badan kita kemungkinan mempunyai gangguan jin, ia akan menyebabkan seseorang mengantuk dan mengundang berlaku kemalangan,” katanya yang tidak menolak amalan memasang CD di dalam kereta bagi individu normal yang tidak diganggu jin.
Ahmad turut menjelaskan tiada halangan untuk seseorang merawat gangguan jin secara persendirian berbekalkan bacaan ayat-ayat Rukyah.
“Kes gangguan ringan bolehlah dibuat sendiri dengan cara memasang CD ayat-ayat Rukyah bersebelahan dengan tiga botol air mineral yang dibuka penutupnya.
“Setelah selesai, minum air tersebut sebanyak tiga kali setiap hari sehingga habis,” ujarnya.
Tambah Ahmad lagi, pelbagai manfaat diperoleh menerusi amalan membaca ayat-ayat Rukyah.
“Ayat-ayat Rukyah sifatnya menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.
“Selain itu, ayat-ayat ini mampu mengurangkan pendarahan berpanjangan bagi wanita yang mengalami istihadah,” ungkapnya.-SUMBER

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog