D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

4 Ogos 2010

Radio Klasik Nasional FM

Klasik Nasional FM (sebelum ini dikenali sebagai Nasional FM dan sebelum itu sebagai Radio 1 dan Radio Malaysia Saluran Satu ialah sebuah stesen radio kebangsaan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu. Moto utamanya ialah Segalanya Di Sini, Menggamit Memori.

Stesen ini bermula sebagai Radio Malaya dijalankan di Singapura pada tahun 1946. Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.

Pada 16hb September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia, dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.

Pada 19hb Januari 1971 Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional adalah yang kedua untuk bersiaran 24 jam selepas Radio Rediffusion. Ia menempuhi pertukaran nama, dari Radio 1 pada 1hb Januari 1992, Radio Malaysia Saluran 1 pada 1hb September 1998, dan akhirnya kepada nama baru pada Jun 2005.

Nasional FM mula berada di internet pada Januari 2001.

Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM (yang asalnya dikenali sebagai Radio Irama Melayu Asli (RIMA) dan kemudian sebagai Klasik FM) telah digabungkann secara rasmi menjadi Klasik Nasional di mana ia akan menyiarkan lagu Melayu klasik dan lagu-lagu lewat 40-an hingga 80-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.

Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC).

Pada 1 April 2006, RTM1 dan Klasik Nasional telah menyiarkan siaran langsung Konsert Suara Hati Sudirman telah diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada jam 8:30 malam. Ia telah menampilkan barisan artis terkemuka.

Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang, mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini, ia mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog