D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

22 Ogos 2010

Normal Tak Telur Anda ??

BAGAIMANAKAH bentuk testis yang sihat? Jika kelihatan seperti urat timbul pada sebelah kiri atau kanan testis, apakah ia berbahaya atau ada penyakit lain yang mungkin timbul? Saya benar-benar musykil dengan perkara ini.


RENGGO,
Gopeng, Perak


Secara normalnya ada sepasang buah kerandut bagi setiap lelaki. Buah kerandut ini tergantung dengan otot penampungnya yang bergelar otot ‘cremester’ yang sebenarnya sebahagian otot dari perut.

Otot cremester mencengkam apabila buah kerandut itu disentuh secara tidak sengaja dan ini satu fenomena yang melindunginya daripada tercedera. Kerandut mempunyai kulit tipis dan halus dan ia mencengkam apabila lapisan otot di dalamnya mencengkam.

Kadangkala ada lapisan pembuluh darah atau urat timbul dan ini kelihatan apabila pembuluh darah itu tersekat akibat cengkaman otot kulit kerandut. Jika buah kerandut diraba melalui kulitnya, gumpalan urat yang timbul akan terasa.

Urat ini adalah pembuluh darah ven yang mengandungi darah daripada kilang testis yang bertakung sebelum keluar ke sistem ven yang besar.

Jarang berlaku pembuluh darah ven daripada buah kerandut mengembang dan berpintal apabila darah yang keluar dari kilang sperma mendap dan tidak memasuki salur darah besar.

Keadaan pemuntalan ven ini dikenali sebagai ‘varikosel’. Jika pemuntalan tidak ketara, varikosel tidak memberi kesan sampingan.

Jika pembuluh darah terbabit memintal secara ketara, tekanan akan berlaku kepada buah kerandut dan kilang sperma tidak dapat berfungsi dengan baik.

Bilangan sperma akan merosot dan kualiti sperma menurun dan secara langsung mengurangkan kesuburan lelaki itu. Anda perlu jumpa doktor jika ragu-ragu dan jangan biarkan perubahan ini kekal.

Jika ada masalah varikosel dan ia memberi kesan buruk pada kesuburan, ada cara untuk memulihkan keadaan itu. Penawarnya ialah untuk doktor melakukan pembedahan mengikat salur ven yang kembang itu.

Jika prosedur itu berkesan, selepas tiga hingga enam bulan, buah zakar akan kembali memejal, bilangan dan kualiti benih akan meningkat. Sila jumpa pakar urologis anda.


link metro


Photobucket

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog