D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

5 Ogos 2010

Radio Hitz FM

hitz.fm ialah sebuah stesen radio Malaysia yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan AMP Radio Networks, sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc. hitz.fm merupakan saluran berbahasa Inggeris yang paling laris dari segi bilangan pendengar.

HITZ FM muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis independent.

Pada bulan April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai hitz.fm (dengan tanda "dot") sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan streaming yang serentak dengan siaran radio.

Pada bulan Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz.fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat tahun 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm.

Pada tahun 2005, Anugerah hitz.fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya berbahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog