D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

22 Ogos 2010

Punca Kemaluan Anda Gelap

Photobucket


BAGAIMANA mahu mencerahkan warna kulit kemaluan kerana saya mengalami keadaan berwarna gelap di bahagian itu berbanding warna kulit badan saya?

SHAH,
Cheras, Kuala Lumpur


Kulit anggota kelamin lelaki dan perempuan daripada jenis kulit yang lembut mengandungi tisu pengembang. Dalam keadaan biasa, kulit itu akan kelihatan kurang cerah jika dibandingkan dengan kulit di kelilingnya kerana tisu pengembang lega.

Apabila lelaki dan perempuan teruja seksual, tisu pengembang akan menggebu dan kulit akan ikut mengembang dan ketika itu, kulit akan kelihatan cerah dan kadang kala berwarna kemerahan.

Selain itu, kulit anggota kelamin mengandungi lapisan sel ‘malphigian’ yang mengandungi kimia pewarna ‘melanin’, maka kulit bahagian itu akan sentiasa kelihatan gelap kecuali ketika anggota itu teruja!

Maka, jangan sesekali-kali cuba mencerahkan kulit dengan kimia ‘bleaching’ kerana tidak sesuai buat kulit itu, malah kulit itu boleh radang dan kelihatan tambah hitam!

Anda boleh gunakan krim pelembap supaya kulit sentiasa lembut dan tidak mudah kerepot. Lelaki dan perempuan yang kerap menggosok anggota kelamin ketika merangsangkan (onani) akan membuatkan kulit radang. Apabila amalan itu dilakukan berulang kali, kulit yang radang itu akan kelihatan lebih gelap dan berbirat, maka akan menyebabkan ia kelihatan cantik.

Menggunakan sabun untuk beronani tidak sesuai untuk kulit kerana ia akan kehilangan bahan pelembap semula jadi. Jika anda memang mengamalkan onani, maka sememangnya akan menyebabkan kulit anggota kelamin anda kelihatan gelap.

Perkara yang sama juga akan berlaku kepada lelaki yang cuba membesarkan kemaluannya dengan amalan menarik dan mengurut secara keras atau menggunakan pam vakum untuk membesarkannya.

Setiap kali menggunakan pam, kulit alat kelamin akan tertarik dan ia akan menjadi tipis dan hilang tisu elastik. Apabila kulit yang longgar itu berkumpul, maka ia akan kelihatan lebih hitam.



teks dari metro

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog