D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 Ogos 2010

Canon Di Malaysia

SEJARAH Canon di Malaysia bukannya baru. Sudah 23 tahun jenama itu menjadi teman setia kebanyakan daripada kita.

Sebut saja kamera berkualiti tidak kira kompak atau lensa refleks tunggal digital (DSLR), tentu sahaja teringatkan Canon. Begitu juga dengan alat pengimejan lain seperti pencetak, pengimbas, projektor, kalkulator dan aksesori pejabat.

Sejajar dengan kukuhnya jenama itu di hati kita, Canon kini memiliki sebuah lagi cawangan kedai konsep yang terletak di SOHO KL, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif, Liew Sip Chon berkata, pembukaan kedai konsep kelapan pada April lalu itu merupakan kesinambungan pembukaan tujuh kedai konsep terdahulu yang berjaya di Suria KLCC, Mid Valley, The Curve, Pavillion, Sunway dan One Utama.

“Ini merupakan kedai konsep pertama yang kami buka di luar kawasan kompleks membeli-belah. Setelah dikaji, kami yakin dengan pembukaan baru ini memandangkan Solaris Montkiara merupakan sebuah kawasan perniagaan elit lengkap dan memenuhi gaya hidup masyarakat kota,” katanya.

Menurut beliau, lebih istimewa kolaborasi dengan sebuah restoran, The Celebrity Club yang terletak bersebelahan memberi nilai tambah kepada kedai konsep itu.

“Kami mahu pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja bertujuan mendapatkan khidmat Canon atau mencuba peralatan terbaru, malah mereka boleh berhibur dengan persembahan serta menikmati hidangan yang lazat di The Celebrity Club,” katanya.

Gandingan kedua-dua premis itu jelas beliau lagi merupakan pakej lengkap dalam usaha menjayakan misi syarikat ke arah menjadi jenama gaya hidup terunggul menjelang penghujung tahun ini.

Kedai konsep seluas 1,700 kaki persegi itu dilengkapi rekaan dalaman moden, set peragaan interaktif, perkhidmatan percetakan pantas dan pelbagai lagi bagi memenuhi keperluan pengunjung setempat.

Staf yang bertugas sedia membantu seandainya pengunjung ingin sesuatu informasi dan mereka bebas mencuba tanpa perlu dipaksa.

Rak-rak yang mempamerkan kamera Canon dari awal penciptaan hingga yang paling terbaru turut disediakan untuk tontonan pengunjung. Ini membolehkan mereka mendapat maklumat serba-sedikit mengenai transformasi jenama itu.

Selain menawarkan produk pengimejan berkualiti, jenama itu juga kata Sip Chon ingin dikenali dengan perkhidmatan selepas jualan terbaik. Itu terbukti dengan 90 peratus daripada peralatan yang dihantar untuk servis boleh diambil dalam masa 24 jam.

Menyentuh mengenai produk terbaik sepanjang tahun ini, beliau berkata kamera DSLR masih menjadi pilihan berikutan peningkatan pasaran yang meluas sehingga 60 hingga 70 peratus.

“Kami menawarkan produk premium dengan jaminan kualiti terbaik pada harga kurang 20 peratus berbanding pesaing lain,” katanya.

Sejajar dengan usaha menyelamatkan bumi, Canon turut tidak ketinggalan memberi sumbangan melalui kempen “Canon Go Green.”

Melalui kempen itu, jenama tersebut melancarkan beberapa projek alam sekitar yang memberi manfaat dalam memelihara dan memulihara bumi daripada kerosakan.

Antaranya dengan menyebarkan maklumat kepada masyarakat muda mengenai kepentingan mengekalkan hutan dan lautan demi kepentingan generasi akan datang. Begitu juga dengan kempen kitar semula di setiap premis Canon dalam usaha memastikan peralatan lama tidak akan dibuang begitu saja.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog