D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

3 Ogos 2013

Taiping - mayat di bawah jejantas

TAIPING – Mayat seorang lelaki ditemui orang awam di kawasan bawah jejantas tepi landasan kereta api Jalan Assam Kumbang-Taiping, berhampiran dengan sebuah pasar raya di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mangsa berusia 27 tahun itu berasal  dari Perumahan Awam Jalan Stesen, Kamunting ditemui mati di tempat kejadian kira-kira jam 8.15 pagi.

Menurutnya, maklumat berkenaan kes terbabit telah diterima daripada orang awam yang membuat panggilan ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

“Hasil siasatan yang dijalankan terhadap kedua ibu bapa mangsa, mereka telah mendedahkan bahawa mangsa mengalami penyakit mental sejak tujuh tahun yang lalu.

“Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini keadaan mangsa difahamkan bertambah serius,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Selain itu, Yusuf berkata, kedua ibu bapa mangsa turut menjelaskan bahawa mangsa sebelum ini pernah membuat pengakuan ingin membunuh diri atau terjun dari bangunan tinggi.

Dalam perkembangan sama, Yusuf berkata, pakar patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh tindakan terjun daripada ketinggian bangunan dua tingkat atau 10.5 meter.

“Bedah siasat juga akan dilakukan petang ini (semalam) juga iaitu pada jam 3 petang dan siasatan di bawah laporan mati mengejut dijalankan,” katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/jumpa-mayat-bawah-jejantas-1.189688

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog