Lima orang sahabat telah
merancang satu ekspedisi percutian ke puncak Gunung Ledang, Melaka. Ahli
ekspedisi ini adalah terdiri daripada Zul, Man, Tasha, Wanie, dan
Zieda. Salah seorang dari mereka berasal dari Jakarta, Indonesia iaitu
Tasha. Ketibaan Tasha di LCCT dijemput oleh mereka.
Kisah ini bermula di dalam perjalanan mereka ke destinasi yang
ditujui. Pelbagai kisah aneh dan ganju]il dilalui sepanjang perjalanan
mereka, diantaranya mereka telah tersesat jalan, peristiwa yang
menakutkan, dan diganggu pontianak sehinggalah mereka mengambil
keputusan untuk bermalam di chalet itu.
‘MAIDIN CHALET’ yang diuruskan oleh Maidin serta pembantunya, Apek
(Chik) telah menyambut kedatangan Zul dan rakan-rakannya dengan penuh
misteri. Di chalet ini, berlaku lagi bermacam-macam gangguan dan
peristiwa aneh serta lucu. Mereka telah diganggu oleh bermacam-macam
jenis hantu. Setiap hantu ada kisahnya seperti yang di ceritakan oleh
Maidin dan Apek yang memang ada hubungan dan kaitan antara cerita hantu
dengan tapak chalet tersebut. Macam-macam hantu ada dalam cerita ini!!!
Setelah Tasha mendengar kisah-kisah tersebut, dia berasa takut
dan ingin meninggalkan chalet tersebut sendirian tanpa persetujuan
rakan-rakannya. Tetapi malangnya, niatnya terhalang apabila pontianak
menggangu perjalannya.
Meraka semua
menjadi keliru dan bingung kerana secara tiba-tiba Maidin dan Apek
(Chik) hilang dari chalet tersebut. Antara fantasi dan realiti, sudah
tiada batas ketika masing-masing dalam ketakutan. Apa akan terjadi
kepada Tasha, Zul, Man, Wanie, dan Zieda. Adakah mereka akan terlepas
dari igauan ngeri ini atau tidak?