Isteri saya sangat pembersih, malah sikap
antikotornya keterlaluan. Dia sering membebel dan mudah melenting
apabila keadaan rumah tidak teratur.
Yang menjadi mangsa ialah anak kami yang masih kecil kerana tertekan
dengan sikap isteri. Saya pernah menegur, tetapi isteri masih kekal
dengan sikapnya.
Saya berasa sikapnya terlalu kebudak-budakan kerana tidak memikirkan perasaan ibu saya. Apabila ditegur, dia akan melenting dan kami bergaduh. Kadangkala saya putus asa dengan sikapnya.
ISA
Subang, Selangor
Bukan mudah mendidik, terutama jika orang yang ingin dididik adalah isteri sendiri. Namun berbanding dipengaruhi rasa amarah ketika mendidik, lebih baik menggunakan pendekatan lembut supaya terkesan di hati.
Merujuk masalah isteri saudara yang sangat pembersih, Dang Setia bimbang masalahnya bukan terhad kepada tingkah laku tetapi lebih kepada psikologi. Dapatkan bantuan pakar merawat obses isteri saudara.
Selain itu, jangan putus asa menegur isteri dan nyatakan dengan cara wajar supaya dia menyedari kesilapannya.
Biasanya mereka yang obses terhadap sesuatu biasanya terperangkap dalam ego sendiri. Berterus terang mengenai keadaan orang sekeliling yang tidak selesa dengan kehadirannya.
Pinta dia berubah demi kesihatan dan kegembiraan anak selain kesejahteraan perkahwinan saudara.
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Taktahandengansikappembersihisteri//Article