D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 Ogos 2013

Melendut, urat tersimpul punca tak selesa - INFO LELAKI

Buah zakar saya melendut serta berurat tebal. Urat berkenaan berada di sebelah kerandut saja dan ia kelihatan timbul serta seakan-akan tersimpul. Bagaimanapun, saya tidak berasa sakit.
Apakah punca ia terjadi? Adakah masalah ini akan membawa keburukan atau petanda sesuatu penyakit berbahaya?


ZAL
Pulau Pinang


Jika sering melakukan pemeriksaan kendiri kepada buah zakar dan kerandut buah zakar, anda akan dapati pelbagai rasa dan perbezaan.

Jika memeriksa buah zakar ketika kerandut mengendur, anda akan melihat kedua-dua buah zakar dengan mudah, pundi Epidimis di belakang buah zakar dan di atas pula pelbagai urat yang sebilangannya kelihatan tebal dan ada juga seakan-akan mengembang.

Jika berdepan cermin dengan keadaan mendedahkan buah zakar, anda akan kelihatan ia tidak seimbang. Sebilangan besar lelaki mempunyai buah zakar kiri sedikit ke bawah daripada kanan.

Jarang kedua-duanya kelihatan seimbang, kecuali jika anda melihatnya dalam keadaan kerandut mencengkam atau menegang. Jika anda periksa kedua-dua buah zakar dalam keadaan kerandut mencengkam, buah zakar terasa padat.

Urat kembang tadi akan rasa lebih kembang. Sesetengah lelaki mempunyai kerandut labuh dan sentiasa berkeadaan begitu. Ada pula mempunyai kerandut yang sentiasa padat.

Semua ini keadaan biasa dan bukan masalah. Kebiasaan untuk pembuluh darah vena buah zakar kiri lebih kembang dan berpintal berbanding pembuluh darah sebelah kanan.

Ini berlaku kerana pembuluh darah itu panjang, merentasi usus untuk bercantum dengan vena buah pinggang. Lelaki yang kerap mengalami sembelit atau buang air besar keras akan mendapati pembuluh darah kirinya sentiasa kelihatan kembang atau terasa kembang.

Jika pembuluh darah ini berpintal-pintal dan kembang serta kelihatan berdekatan kerandut, ada kemungkinan situasi itu dikenali sebagai ‘varikosel’.

Sebilangan lelaki yang mempunyai varikosel ketara boleh kadang kala rasa senak yang sebenarnya menandakan vena mencengkam untuk menolak darah ke vena besar.

Ada lelaki yang mengalami varikosel mengalami masalah kepada kilang sperma, iaitu bilangan sperma yang kurang dan sperma kurang aktif. Anda tidak perlu risau.

Mana-mana lelaki yang memeriksa buah zakar untuk kali pertama akan rasa macam-macam ‘perubahan’ atau ‘masalah’. Jika curiga, anda boleh rujuk kepada doktor dan bukan tukang urut atau dukun.

Jika tersalah periksa atau mengurut buah zakar atau pembuluh yang kembang, ia boleh merosakkan anggota itu. Jika mahu hubung dengan saya, sila hantar e-mel ke dr_tambi@yahoo.com.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Melendut_urattersimpulpuncatakselesa//Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog