D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

31 Ogos 2013

khasiat ulam pegaga

Nama Tempatan : Pegaga
Nama Saintifik : Centella Asiatica/Hydrocotyle Asiatica
Nama Lain : Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola
Famili : Apiaceae/Umbelliferae

Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Order : Apiales
Famili : Apiaceae
Genus : Centella
Spesies : C. asiatica

Keterangan:

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Fakta sejarah
Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran

Herba ini mula digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba Shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu

Jenis-jenis Pegaga Di Malaysia

1. Pegaga Cina Atau Pegaga Nyonya
2. Pegaga Daun Lebar
3. Pegaga Kelantan
4. Pegaga Renek
5. Pegaga Salad
6. Pegaga Gajah
7. Pegaga Brunei

Kandungan

Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Kegunaan:

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk
revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
15. melambatkan proses penuaan

Sifat dan Manfaat

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

http://www.bio-asli.com

-------------------------------------------------

Tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.

Ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua tahun lalu.

Kajian di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula, Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.

Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.

Dalam perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta menyembuhkan luka.

Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.

Dalam penyelidikan yang menggunakan tikus sebagai sampel, didapati tikus yang diberi makan pegaga lebih aktif dan tubuh haiwan itu kurang lemak manakala organ dalaman tikus itu juga lebih sihat berbanding tikus yang tak diberi makan pegaga, jenis pegaga yang agak popular ialah pegaga gajah dan pegaga kampung dikategorikan di bawah spesies centella asiatica.

Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.

Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah.

---------------------------

Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.


sumber : http://tip-untuk-semua.blogspot.com/2009/04/khasiat-pegaga.html#.Ug2nyNhbXWc

Kord Gitar aku yang dulu bukanlah yang sekarang - Tegar

Intro :  Am Dm G C F Dm E…

Am              Dm
aku yang dulu bukanlah yang sekarang
G                   C
dulu di tendang sekarang ku di sayang
F                       Dm
dulu...dulu...dulu ku menderita
E                Am   E…
sekarang..aku bahagia

Am             Dm
cita-cita ku menjadi orang kaya
G                 C
dulu ku susah, sekarang Alhamdulillah
F                       Dm
bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
     E                  Am  E…
memberi jalan untukmu semua

     Am            Dm
hidupku dulunya seorang pengamen
         G                C
pulang malam selalu bawa uang recehan
   F                      Dm
mengejar cita-cita paling mulia
     E                 Am  E..
membantu keluarga di rumah

   Am                 Dm
sekolah dulu ku tak punya biaya
      G              C
terpaksa ku harus mencari nafkah
   F               Dm
tetapi aku tak berputus asa
        E                   Am   E…
pasti yang kuasa memberi jalannya

melody :  Am Dm G C F Dm E
          Dm C

E     Am            Dm
Hidup ku dulunya seorang pengamen
          G                C
pulang malam selalu bawa uang recehan
   F                       Dm
mengejar cita-cita paling mulia
       E                  Am  E..
bersyukur masuk dapur rekaman

      Am           Dm
Hidup ku dulunya seorang pengamen
         G                C
pulang malam selalu bawa uang recehan
   F                       Dm
mengejar cita-cita paling mulia
       E                  Am  E..
bersyukur masuk dapur rekaman

    Am               Dm
sekolah dulu ku tak punya biaya
      G               C
terpaksa ku harus mencari nafkah
         F                 Dm
paling bisa bantu dengan penuh cinta
        E         Am   E…
cinta yang penuh warna

Am                Dm
aku yang dulu bukanlah yang sekarang
G                   C
dulu di tendang sekarang ku di sayang
F                       Dm
dulu..dulu..dulu ku menderita
E                Am   E…
sekarang..aku bahagia

Am             Dm
cita-cita ku menjadi orang kaya..Oy
G                           C
dulu ku susah, sekarang Alhamdulillah
F                        Dm
bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
E
memberi....Hoo...
E                        Am-E-Am
memberi jalan untukmu semua

Video - utz Haron Din pindah jin dengan bas

Vide penjelasan tentang isu jin di pindah dengan bas sumber : https://www.youtube.com/watch?v=sZ4Qo95S_ms

Tanda Putera Movie

30 Ogos 2013

Video Lawak - Tua-tua pon kepala sangkut celah pagar

sumber : https://www.youtube.com/watch?v=Nx9YF6i3mCY

Sinopsis Filem KL Gangster 2 : Prequel

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.

Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.

Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

sumber : http://www.fizgraphic.com/2011/12/sinopsis-dan-gambar-kl-gangster-2.html


Movie Longkai 2013 - Saksikan

Longkai Official Trailer 10 Oktober 2013 sumber : https://www.youtube.com/watch?v=QIzlSRoFsHA

Orang Bukit Merah Semaggol Perak Minta di tambah Hukuman Sebat

AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah. Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan. Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774. Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012. Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya. Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga. “Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket. “Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian. “Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana. Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua. “Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya. sumber : http://www.sinarharian.com.my/pesalah-minta-tambah-sebatan-1.196816

Full Download KL Gangster 2 - BOCOR


KL Gangster 2 : Prequel Official Trailer 2013 sumber : http://www.youtube.com/watch?v=J_SmpTSRMwc Filem aksi ke 8 arahan Syamsul Yusof terbitan Skop Productions & Grand Brilliance.Tayangan seluruh Malaysia pd 3 OKTOBER 2013.KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau "kisah sebelumnya".Its a BACK STORY. Namun Kabarnya Filem ini Belum Ditayangkan di pawagam sudah ada di internet...untuk lebih lanjut boleh baca disini link1 Link2









CARA SOLAT JENAZAH

Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

baca seterusnya disini

29 Ogos 2013

Gadis 19thn ketagih Pornografi - SOAL JAWAB

Saya gadis berumur 19 tahun dan mengalami masalah ketagihan pornografi. Saya mula terjebak ketika usia 14 tahun. Mulanya saya menonton kerana abang yang ketika itu berusia 20 tahun memiliki cakera padat (CD) lucah.
Saya pernah mengintai abang yang asyik menonton bersama rakannya. Saya kemudian mencuri satu CD dan menontonnya di bilik.

Saya rasa teruja dan asyik sewaktu menontonnya. Ia menyebabkan saya terus mencari bahan itu di kedai cetak rompak.

Biarpun ketagihan terhadap bahan ini, saya tidak pernah membiarkan diri hanyut dalam dosa zina. Di sekolah mahupun kini kolej, saya gadis baik tetapi ada hobi pelik.

Saya malu dengan dosa ini tetapi sukar meninggalkannya. Apabila saya tidak melayan video lucah, saya jadi gelisah sehingga sukar tidur.


ANNIE
Johor Bahru


Dang Setia bersyukur saudari tidak pernah terjebak dengan zina meskipun ketagihan pornografi. Cara terbaik ialah berusaha mengubati hati yang sebati menonton bahan lucah.

Hati serta nafsu adalah ancaman akal serta akhlak. Dalam erti kata lain, terlalu mengikut kehendak hati serta desakan nafsu, contohnya menonton pornografi, mampu membawa kerosakan pada diri andai terus mengulanginya.

Rujuk dengan mereka yang arif, umpamanya pakar psikologi, untuk mengubati masalah penagihan bahan pornografi. Mereka ada cara lebih sistematik serta berkesan untuk merawat ketagihan.

Sebagai inisiatif sendiri, saudari perlu membuang semua bahan pornografi dalam simpanan. Malah, luangkan masa dengan keluarga serta rakan untuk melakukan aktiviti lebih sihat. Ia dapat membantu melupakan hobi.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Ketagihpornografi//Article

28 Ogos 2013

Melendut, urat tersimpul punca tak selesa - INFO LELAKI

Buah zakar saya melendut serta berurat tebal. Urat berkenaan berada di sebelah kerandut saja dan ia kelihatan timbul serta seakan-akan tersimpul. Bagaimanapun, saya tidak berasa sakit.
Apakah punca ia terjadi? Adakah masalah ini akan membawa keburukan atau petanda sesuatu penyakit berbahaya?


ZAL
Pulau Pinang


Jika sering melakukan pemeriksaan kendiri kepada buah zakar dan kerandut buah zakar, anda akan dapati pelbagai rasa dan perbezaan.

Jika memeriksa buah zakar ketika kerandut mengendur, anda akan melihat kedua-dua buah zakar dengan mudah, pundi Epidimis di belakang buah zakar dan di atas pula pelbagai urat yang sebilangannya kelihatan tebal dan ada juga seakan-akan mengembang.

Jika berdepan cermin dengan keadaan mendedahkan buah zakar, anda akan kelihatan ia tidak seimbang. Sebilangan besar lelaki mempunyai buah zakar kiri sedikit ke bawah daripada kanan.

Jarang kedua-duanya kelihatan seimbang, kecuali jika anda melihatnya dalam keadaan kerandut mencengkam atau menegang. Jika anda periksa kedua-dua buah zakar dalam keadaan kerandut mencengkam, buah zakar terasa padat.

Urat kembang tadi akan rasa lebih kembang. Sesetengah lelaki mempunyai kerandut labuh dan sentiasa berkeadaan begitu. Ada pula mempunyai kerandut yang sentiasa padat.

Semua ini keadaan biasa dan bukan masalah. Kebiasaan untuk pembuluh darah vena buah zakar kiri lebih kembang dan berpintal berbanding pembuluh darah sebelah kanan.

Ini berlaku kerana pembuluh darah itu panjang, merentasi usus untuk bercantum dengan vena buah pinggang. Lelaki yang kerap mengalami sembelit atau buang air besar keras akan mendapati pembuluh darah kirinya sentiasa kelihatan kembang atau terasa kembang.

Jika pembuluh darah ini berpintal-pintal dan kembang serta kelihatan berdekatan kerandut, ada kemungkinan situasi itu dikenali sebagai ‘varikosel’.

Sebilangan lelaki yang mempunyai varikosel ketara boleh kadang kala rasa senak yang sebenarnya menandakan vena mencengkam untuk menolak darah ke vena besar.

Ada lelaki yang mengalami varikosel mengalami masalah kepada kilang sperma, iaitu bilangan sperma yang kurang dan sperma kurang aktif. Anda tidak perlu risau.

Mana-mana lelaki yang memeriksa buah zakar untuk kali pertama akan rasa macam-macam ‘perubahan’ atau ‘masalah’. Jika curiga, anda boleh rujuk kepada doktor dan bukan tukang urut atau dukun.

Jika tersalah periksa atau mengurut buah zakar atau pembuluh yang kembang, ia boleh merosakkan anggota itu. Jika mahu hubung dengan saya, sila hantar e-mel ke dr_tambi@yahoo.com.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Melendut_urattersimpulpuncatakselesa//Article

27 Ogos 2013

senarai klinik 3d/4d scan seluruh malaysia

PULAU PINANG

Gleneagles Medical Centre,
1, Jalan Pangkor
10050 Penang, Malaysia
Main Line      : 04 - 227 6111
General Enquiries :04 - 220 2109

Tanjung Medical Centre
473 Jalan Burma
10350 Penang, Malaysia
Tel: 604-226 2323 (Hunting Lines)

KPJ Penang Specialist Hospital
Jalan Perda Utama,
14000 Bukit Mertajam,
Seberang Perai,
Pulau Pinang
Tel : 04-5486688
www.kpjhealth.com.my 

KEDAH

Klinik Bersatu 
65, Pekan Simpang Kuala,
05400 Alor Setar, Kedah 
Tel : 04-7722001

Pusat Rawatan Mahsuri Sdn Bhd
Jln Mahsuri 1C,
Bandar Baru Darulaman,
06000 Jitra,Kedah
Tel:    048-916 2345
Contact Person:    PN NORAZZAH BT IBRAHIM 

Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Tel: 04-4238888
http://www.hospitalmetro.com

PERAK

R S SPECIALIST KLINIK & WISMA BERSALIN
36, Jalan Kamaruddin Isa,
Fair Park, Ipoh.
Tel : 05-5450700

Hospital Pantai Putri
1-6 Jalan Tambun
31400 Ipoh
Tel : 05-5484333

Hospital Columbia Asia Cawangan Taiping
No 5, Jalan Perwira, 34000
Taiping, Perak 
Tel: 05-820-8888

PAHANG
W.Y.Ko Specialist Maternity & Gynaecology Centre
B-2269 Jalan  Beserah, 25250 Kuantan
Tel:     09-566 7805

KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL (77065-T)
(A Member of KPJ Healthcare Berhad Group)
51 , Jalan Alor Akar
Taman Kuantan
25250 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-567 8588 / 567 8376

Kuantan Medical Centre (KMC)
No 1, Jalan Tun Ismail 9, Kuantan, Pahang, 25000 Malaysia
Tel: 609-5142 828

TERENGGANU
KLINIK MEDIC BESTARI PAKA
LOT 9 PT 188 BANGUNAN 2 TINHKAT B
PUSAT NIAGA PAKA JALAN BESAR
23100 PAKA DUNGUN
TERENGGANU
09-8278009 


MELAKA

Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent Sdn Bhd
G-18, Luh Ayer Keroh, Hotel King, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: 06-231 2468


NEGERI SEMBILAN

Columbia Asia Hospital Seremban
No. 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Center, 70300
Seremban, Negeri Sembilan 
Tel: 06-601-1898

Hospital Bersalin Dr. Sukhilmi
1G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang,
71450 Seremban, Malaysia 
Tel: 06-6752560 ( Sue & Misha)
http://drsukhilmi.blogspot.com/

WILAYAH PERSEKUTUAN  

Pusat Perubatan Naluri Sdn Bhd.
No. 94, Jalan 1/27F Pusat Bandar Wangsa Maju,
Kuala Lumpur 53300 Wilayah Persekutuan. 
Tel 03-4143 3633 


POLIKLINIK SUBASRI DAN GAN
NO. 10, JALAN RAMPAI NIAGA SATU
RAMPAI BUSINESS PARK
53300
KUALA LUMPUR
TEl:  03-4143 4995


Kampung Baru Medical Centre (KBMC)
No. 85, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26931007

SELANGOR

Klinik Ajwa 
Seksyen 7, Shah Alam
no tel: 03-5510 6258

Klinik UMRA
No.18, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam.
Tel: 5519 4319 / 55184319

KLINIK PAKAR WANITA AN-NUR
 Dr Fatimah & Dr Khamsiah
No 10 Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi Selangor
03.89250020

Hospital Bersalin Razif
No. 33,35,37 & 39, Jalan Sri Sarawak 20A/KS2,
Taman Sri Andalas,
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603 - 3323 7394

VISION COLLEGE
Lot 709-A, 6th Floor, Block E
Kelana Parkview Tower
Jalan SS6/2, Kelana Jaya
47300 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
(6)03-7803 8300

Diagnostic Center, Clinic & Holistic HealthCare Services
No:2A-1, Jalan PJS 8/2,Sunway Mentari, 46510,
(sebarang jalan dari Sunway Pyramid)
Contact Person:    Jezzlyn Siu Cia Yee (0176202933)

Biodata Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Tegar 11th. adalah sosok seorang pengamen cilik jalanan dari Subang - Jawabarat. Sejak usia 4 tahun Tegar mulai melakukan profesi sebagai "Pengamen" dari Stasiun Cikampek sampai perempatan lampu merah kopo (Pintu tol Cikampek). Hal ini Tegar lakukan karena kondisi ekonomi keluarganya yang serba kekurangan, selain itu faktor perpisahan antara ayah & ibunya menjadikan Tegar semakin kuat untuk menjalani kehidupan di jalanan dengan mencari uang jajan sambil "ngamen". Kepiawaian nya dalam memainkan okulele dia pelajari secara autodidak, bakat seni ini di warisi dari kedua orang tuannya yang berprofesi same dengan Tegar. Ketika dalam kandungan Tegar selalu diajak oleh ibunya mencari nafkah dengan mengamen dikereta Api, dari stasiun ke stasiun.


Free download MP3 Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

25 Ogos 2013

Keperluan belaian, usapan - Info Dewasa

Seorang lelaki pernah memberitahu saya bahawa buah zakar dan alat kelaminnya kerap termasuk ke dalam kulit sejak beberapa bulan lalu. Dia juga berkata, kedua-dua buah zakarnya kecut dan zakarnya mengecil.
Dia tidak gemuk dan perkara ini tidak pernah berlaku ketika zaman muda. Dia juga ada seorang anak berumur sembilan tahun.

Apabila saya tanya kenapa hanya seorang, dia menjelaskan sudah berpisah dengan pasangannya enam tahun lalu dan kini masih menduda. Sejak itu, dia tidak melakukan onani, malah tidak mengalami mimpi basah. Berdasarkan semua jawapan itu, saya merumuskan zakarnya menjadi kecil dan kecut kerana tidak digunakan lagi.
Saya teringat cerita beberapa sahabat yang bertanya Imam Al-Nawawi kenapa anggota kelamin mereka kecut dan tidak bermaya apabila kembali daripada pengembaraan selepas berniaga dan pulang ke pangkuan isteri.

Imam Al-Nawawi menyatakan, jika lama tidak digunakan, anggota itu akan menjadi ‘tak berguna’. Dia juga menjelaskan cara mencergaskan kembali anggota itu dengan membelai dan mengusap dengan niat menyegarkannya semula.

Mungkin agaknya cara mengurut dan mengusap anggota kelamin menjadi amalan sebilangan lelaki kita untuk mengekalkan keaktifan anggota kelamin.
Namun, cara ini tidak berguna jika anggota kelamin lelaki tidak berfungsi akibat penyakit atau masalah kesihatan.

Mereka perlu berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah mati pucuk, bukan mencuba ubat daripada pasaran gelap atau mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah.
Memandangkan hubungan seksual satu aktiviti lasak, ia memerlukan tenaga fizikal yang mantap. Jika lemah atau letih, sukar untuk memulakan atau meneruskannya. Pencapaian ereksi pula memerlukan perjalanan darah yang lancar dalam otot zakar dan kekuatan otot benteng zakar untuk mengekalkan ketegangan zakar.

Jika darah tidak lancar, ereksi gagal dan jika otot benteng zakar tidak kukuh, ereksi tidak kekal. Pendek kata, untuk menjayakan hubungan kelamin, badan perlu sihat dan anggota kelamin perlu berfungsi dengan sempurna.

Semua ini boleh tergugat apabila kesihatan tergugat. Cara bijak untuk mengekalkan tahap kesihatan cemerlang ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Amalkan pemakanan seimbang, jaga berat badan, hindari rokok dan minuman keras serta urus tekanan dengan baik. Sememangnya semua yang disarankan itu nampak senang tapi ternyata secara rambang, sangat sukar melakukannya. Anda boleh bayangkan keadaan lelaki muda yang sepatutnya mempunyai daya kemampuan syahwat yang mantap, tetapi sebaliknya pula berlaku.

Kegemukan atau obesiti, tidak melakukan senaman berkala, tidak banyak bergerak tapi banyak duduk, merokok, minum minuman keras, penggunaan dadah, banyak aktiviti malam, tekanan, masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan penyakit kronik (tekanan darah tinggi atau penyakit kencing manis sewaktu umur muda) menggugat fungsi seksual dan mengakibatkan masalah seksual.

Jika mahu jauhkan diri daripada masalah seksual seperti mati pucuk, masalah cepat klimaks yang menandakan kelemahan syahwat dan mengekalkan kesihatan seksual pada tahap terbaik, lakukan apa saya syorkan.

Jika keadaan masih sama, itu bermakna masalah terbabit perlukan sokongan rawatan dan rawatan itu perlu daripada doktor, bukan dengan membeli ubat atau produk daripada Internet atau kawan.

Jumpa doktor dan jalani pemeriksaan serta dapatkan bimbingan dan perawatan berkualiti dan selamat. Lelaki tidak boleh malu untuk mendapatkan rawatan bagi menyelesaikan masalah seksualnya. Masalah seksual adalah penyakit dan ia perlu dirawat oleh doktor.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Keperluanbelaian_usapan//Article

24 Ogos 2013

SERBUK PUTIH DI KEMALUAN - INFO DEWASA

Saya berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Masalahnya pada faraj saya terdapat serbuk keputihan dan menjadi banyak apabila saya menggaru bahagian yang mempunyai serbuk putih itu.
Adakah perkara ini disebabkan keadaan faraj yang lembap? Ia tidak gatal, tetapi merunsingkan kerana kehadiran benda putih itu seakan-akan daki.

Ain,
Selangor



Adakah ia tertumpu kepada bahagian pintu faraj saja? Saya kurang pasti bagaimana anda menggaru kawasan faraj kerana ia terletak di dalam daripada selaput dara, ia boleh mencederakan bahagian terbabit.

Jika benar, ia mungkin disebabkan jangkitan kulat dan ini mudah dirawat menggunakan ubat antikulat secara makan dan sapuan.

Adakah ia berada pada bahagian lipatan antara bibir kemaluan? Ini lebih disebabkan oleh faktor kebersihan dan ia mudah diatasi, namun perlu diteruskan amalan membersihkan kawasan terbabit sewaktu mandi. Ia tidak mencederakan bahagian selaput dara.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Serbukputihmerimaskan//Article

23 Ogos 2013

P.PINANG - Anak Sedih Ibu Curang

Saya pelajar sekolah menengah dan bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini. Masalah saya ialah berkenaan ibu.
Dia berlaku curang ­dengan seorang lelaki yang juga suami orang. Ibu ­mengenalinya di laman sosial.

Pada mulanya, kecurangan ibu tidak diketahui, tapi saya terbaca catatan mereka yang berbau lucah dan sangat memualkan.

Sikap ibu juga semakin berubah kerana sudah mula keluar malam sejak akhir-akhir ini dan bersikap seperti gadis remaja semula.

Saya sangat tertekan dengan keadaan ini namun saya tidak mahu berkongsi dengan keluarga. Saya pendam segala masalah ini seorang diri.

Pada masa sama, saya kasihankan ayah yang bekerja bertungkus-lumus untuk keluarga kami. Malangnya ibu buat pera­ngai. Saya sangat tertekan dan ini mengganggu fokus saya dalam pelajaran.

Saya tidak mahu keluarga terus porak peranda dengan sikap curang ibu. Saya terlalu sedih.

PELAJAR RUNSING,
Pulau Pinang



Dr memahami perasaan yang adik alami. Memang bukan mudah bagi seorang anak apabila mengetahui ibunya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Hubungan anak ­dengan ibu menjadikan adik lebih tertekan kerana adik masih mahu pola keluarga yang sedia ada berkekalan. ­Maksudnya, adik masih lagi mahu melihat ­hubungan ayah dan ibu berjalan baik. Adik juga tidak mahu
pihak lain masuk dalam ruang lingkup keluarga sedia ada.

Masalah rumah tangga ibu bapa sering kali di luar kawalan anak. Namun, ­sebagai seorang anak, perasaan tertekan akan wujud apabila mengetahui kehidupan ibu bapanya tidak harmoni.

Masalah yang dialami menyebabkan adik begitu tertekan sehingga mengganggu fokus di sekolah.

Carilah pihak yang adik percaya untuk bercerita mengenai masalah dan perasaan adik. Memendam perasaan bukanlah satu cara baik untuk adik me­nyelesaikan masalah.

Dr faham bukanlah ­mudah bagi seorang anak untuk berbincang dengan ibu mengenai masalah yang membabitkan urusan rumah tangganya.

Justeru, adik memerlukan seseorang yang dipercayai ibu untuk berbincang dengannya mengenai hubungan sulit dengan suami orang.

Jika adik ingin berbincang dengan ibu, pastikan ia dilakukan dengan berhemah kerana Dr tidak mahu perbincangan adik dengan ibu membawa kepada satu keputusan yang akan dikesali semua pihak kelak.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Anaksedihibucurang//Article

Selangor- Suami Tak Tahan Dengan Sikap Pembersih Si Isteri

Isteri saya sangat pembersih, malah sikap antikotornya keterlaluan. Dia sering membebel dan mudah melenting apabila keadaan rumah tidak teratur.
Yang menjadi mangsa ialah anak kami yang masih kecil kerana tertekan dengan sikap isteri. Saya pernah menegur, tetapi isteri masih kekal dengan sikapnya.

Paling saya malu apabila pulang ke rumah ibu. Dia memberi pelbagai alasan enggan pulang bersama. Namun apabila dia balik, dia akan berjalan menjingkit kerana geli dengan lantai rumah ibu saya.

Saya berasa sikapnya terlalu kebudak-budakan kerana tidak memikirkan perasaan ibu saya. Apabila ditegur, dia akan melenting dan kami bergaduh. Kadangkala saya putus asa dengan sikapnya.


ISA
Subang, Selangor


Bukan mudah mendidik, terutama jika orang yang ingin dididik adalah isteri sendiri. Namun berbanding dipengaruhi rasa amarah ketika mendidik, lebih baik menggunakan pendekatan lembut supaya terkesan di hati.

Merujuk masalah isteri saudara yang sangat pembersih, Dang Setia bimbang masalahnya bukan terhad kepada tingkah laku tetapi lebih kepada psikologi. Dapatkan bantuan pakar merawat obses isteri saudara.

Selain itu, jangan putus asa menegur isteri dan nyatakan dengan cara wajar supaya dia menyedari kesilapannya.

Biasanya mereka yang obses terhadap sesuatu biasanya terperangkap dalam ego sendiri. Berterus terang mengenai keadaan orang sekeliling yang tidak selesa dengan kehadirannya.

Pinta dia berubah demi kesihatan dan kegembiraan anak selain kesejahteraan perkahwinan saudara.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Taktahandengansikappembersihisteri//Article

Akibat kurang kasih sayang suami dan ilmu agama - info dewasa

Saya terlanjur dengan bekas teman lelaki kerana kurang kasih sayang serta layanan suami. Hubungan kami tambah dingin sejak dua tahun lalu. Lebih dikesali, suami lebih senang melayan mesej lucah dengan wanita lain di laman sosial.
Akibatnya apabila bertemu kekasih lama, kami terlanjur. Lebih mencemaskan, saya tidak datang bulan dan bimbang mengandung.

Saya benar-benar buntu kerana masih sayangkan suami, tetapi saya tidak mahu menambah dosa dengan menggugurkan kandungan.

Ketika ini saya rasa sangat berdosa dan bersalah terhadap suami. Meskipun suami melayan wanita lain menerusi mesej lucah, saya tidak sepatutnya membalas kesilapannya dengan menjalin hubungan sulit.


YANTI
Tanah Merah, Kelantan



Hubungan suram serta dingin dalam perkahwinan menyebabkan puan terleka dengan godaan luar. Disebabkan dahagakan kasih suami, puan sanggup mencari ruang persinggahan sehingga terlajak tanpa ada ruang berundur.

Biarpun puan mencipta 1,001 alasan atas kesilapan, hubungan orang ketiga masih menjadi kesalahan. Baik puan serta suami, kedua-duanya ada masalah.

Puan serta suami tergamak ‘makan luar’ sedangkan nikmat halal terbentang luas di depan mata. Jalan terbaik, puan dan suami perlu mencari kesepakatan mengenai situasi rumah tangga.

Mengenai kemungkinan mengandung, puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor. Andai tidak benar, jalan untuk memperbaiki rumah tangga dipermudahkan dan gunakan peluang itu sebaik-baiknya.

Namun, jika sebaliknya, teruskan amalan meminta ampun serta meminta kekuatan supaya puan dapat melaluinya dengan tenang.

Rodi Gitaris Kristal Serah Diri DI Balai POLIS

Gitaris kumpulan Kristal serah diri di IPD Kajang

Gitaris kumpulan Kristal, Rody terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang inspektor polis wanita pada Rabu lalu dan mengarahkannya segera menyerah diri di balai polis atas dakwaan menyamar dan menipu duit orang ramai.
Menurut Rody, dia dituduh telah menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama Samsung menerusi online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan disumbang kepada sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan kumpulan Kristal.
“Saya dapat panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya, dia kata dah lah saya menipu, lepas tu ‘lalok’ pulak. Lagilah saya terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?”, katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.
Tambah Rody lagi dia pada mulanya tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut. Tetapi keadaan jadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya. Atas nasihat dari anggota-angota bandnya, dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.
“Pada mulanya saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya. Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu, bukti yang saya nak ke konsert.
“Rupanya baru saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu.
“Saya difahamkan kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung”, katanya.
Sebagai membersihkan namanya dan kumpulan Kristal, Rody turut membuat laporan polis. Dalam pada itu Rody tidak mengesyaki mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya dan kumpulan Kristal.
” Ini pertama kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai artis, apa lagi nak jual barang.
“Saya harap hal ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah tunggu siasatan polis”, katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, kelmarin.
 
sumber:http://nurulamierulamir.blogspot.com/2013/08/gitaris-kumpulan-kristal-serah-diri-di.html

If you don't listen to this ganas gothic chick, you my friend, will DIE.





21 Ogos 2013

video- warna raya 2013

mayat berkuku panjang belit badan

PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali kubur. Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong.

Gara-gara tidak mempunyai batu nisan, dia tidak sangka tanah yang digalinya sebenarnya sudah terdapat jasad lain di dalamnya.

“Pada masa itulah saya terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih ada sedangkan papan keranda sudah pun reput, sementara kain kafan yang membaluti tubuh mayat berkenaan juga sudah tiada.

“Anehnya, saya dapat lihat jasadnya berwarna merah seakan terbakar dan wajah semua tidak ada, cuma jasad sahaja sementara kukunya ibarat hidup.

“Kuku mayat berkenaan memanjang seakan hidup dan membelit badannya sendiri, itu antara pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kubur bercahaya

Anak kelahiran Kampung Tanjung Tokong itu sudah hampir 25 tahun bergelar penggali kubur. Dia yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah syarikat telekomunikasi turut mewarisi bakat menggali kubur daripada ayahnya.

Seperti mana janji ALLAH SWT, sesiapa yang mengikut ajaran-Nya pasti akan dipermudahkan di alam barzakh. Solihin bertuah kerana melihat sendiri keajaiban berkenaan di hadapan matanya pada suatu malam.

Menurutnya, dia pernah menyaksikan kubur bercahaya pada waktu malam namun kejadian berkenaan tidak dapat dilihat rakan yang lain.

Pada suatu malam ketika dia dan tiga lagi rakan yang lain mahu menggali kubur, tiba-tiba dilihatnya satu kubur bercahaya seakan diterangi lampu yang amat cerah.

Pada ketika itu dia memanggil rakannya untuk melihat kejadian berkenaan namun disanggah rakan-rakan yang lain kerana tidak dapat melihatnya.

“Memang saya sedikit terkejut, tapi itulah kebesaran ALLAH SWT, kubur berkenaan milik seorang yang boleh digelar ustaz kerana dia adalah guru agama yang turut mengajar anak Tanjung Tokong membaca al-Quran.

“Malah arwah juga adalah antara orang penting yang memandikan jenazah sekiranya adanya mayat,” katanya.

Solihin mengakui mula seronok datang ke kubur sejak kecil lagi dan kemudiannya membantu bapanya menggali kubur sejak berusia 12 tahun.

Rasa ada kematian

Mempunyai pengalaman agak luas, lelaki yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini mempunyai teknik tertentu untuk menggali kubur. Kebiasaannya dia akan mengukur tanah kubur hanya menggunakan cangkulnya sahaja.

Akibat sudah terlalu biasa dengan kematian, Solihin seakan dapat merasa akan ada kematian yang akan berlaku.

Bukan rekaan, namun itulah yang berlaku terhadap dirinya sehingga majikannya sendiri menyedari kelakuannya apabila tiba saat dia akan menggali kubur.

“Ya, saya sendiri dapat rasa diri saya tidak dapat duduk diam dan selepas itu akan ada perkhabaran orang meninggal dunia dan saya akan terus ke kubur untuk menggali.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa tapi itulah yang berlaku terhadap diri saya, majikan saya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan saya apabila waktu bekerja untuk ke kubur,” katanya.

Sama seperti orang lain, Solihin akan membaca surah al-Fatihah dan berselawat ketika menjalankan tugasannya di kubur.

“Biasalah orang sentiasa ingat kubur ini tempat menakutkan tetapi kita tidak boleh bersikap demikian kerana inilah tempat kita akan ‘tinggal’ nanti,” katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/mayat-berkuku-panjang-belit-badan-1.193959

Siapa Sebenar Pemilik Suara Kartun Wok yoh , samad dan said


Gym kakis, you might have felt like Aaron before.


20 Ogos 2013

movie - Eee...Hantu!!!!!

Lima orang sahabat telah merancang satu ekspedisi percutian ke puncak Gunung Ledang, Melaka. Ahli ekspedisi ini adalah terdiri daripada Zul, Man, Tasha, Wanie, dan Zieda. Salah seorang dari mereka berasal dari Jakarta, Indonesia iaitu Tasha. Ketibaan Tasha di LCCT dijemput oleh mereka.
Kisah ini bermula di dalam perjalanan mereka ke destinasi yang ditujui. Pelbagai kisah aneh dan ganju]il dilalui sepanjang perjalanan mereka, diantaranya mereka telah tersesat jalan, peristiwa yang menakutkan, dan diganggu pontianak sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bermalam di chalet itu.

‘MAIDIN CHALET’ yang diuruskan oleh Maidin serta pembantunya, Apek (Chik) telah menyambut kedatangan Zul dan rakan-rakannya dengan penuh misteri. Di chalet ini, berlaku lagi bermacam-macam gangguan dan peristiwa aneh serta lucu. Mereka telah diganggu oleh bermacam-macam jenis hantu. Setiap hantu ada kisahnya seperti yang di ceritakan oleh Maidin dan Apek yang memang ada hubungan dan kaitan antara cerita hantu dengan tapak chalet tersebut. Macam-macam hantu ada dalam cerita ini!!!

Setelah Tasha mendengar kisah-kisah tersebut, dia berasa takut dan ingin meninggalkan chalet tersebut sendirian tanpa persetujuan rakan-rakannya. Tetapi malangnya, niatnya terhalang apabila pontianak menggangu perjalannya.

Meraka semua menjadi keliru dan bingung kerana secara tiba-tiba Maidin dan Apek (Chik) hilang dari chalet tersebut. Antara fantasi dan realiti, sudah tiada batas ketika masing-masing dalam ketakutan. Apa akan terjadi kepada Tasha, Zul, Man, Wanie, dan Zieda. Adakah mereka akan terlepas dari igauan ngeri ini atau tidak? 

19 Ogos 2013

senarai homestay di jitra - kedah


Homestay Mak Lang Jitra - Jalan Pulau Pisang, Tunjang, Jitra, Kedah
Rumah 2 bilik


Annur Homestay - No 198 Jalan Matrikulasi Taman Sayang Jitra Kedah.
Rumah teres 3 bilik


Annur Homestay - No 198 Jalan Matrikulasi Taman Sayang Jitra Kedah.
Rumah teres 3 bilik

Abd Rahman - 78 Taman Darul Aman Jaya, Jitra
Teres 2 Tingkat


Tmn. Berlian Jitra Kedah - 15 Tmn Berlian,Jln Hsptl, Jitra,Kedah
Teres 2 Tingkat, 5 bilik, 3 blk air


Hosba Homestay - No 2, Taman Berlian, Jln Tmn Bersatu, 06000 Jitra Kedah
Rumah Teres 1 Tingkat / 3 Bilik


Faiz Faizah Homestay - No 38 Taman Seri Halban, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
SemiD Single Storey/3 bilik


FZ Homestay - Tmn Tunku Sarina Jln Sarina 2 Bdr Darulaman Jitra Kedah
End Lot Teres (3 bilik)

NMJ Homestay - 52, Jln Mutiara Indah 1, Tmn Mutiara Indah, Jitra
Banglo 2 tingkat/4 bilik/3 bilik air


Alyssa Homestay - 1007, Jalan Alyysa 2, Taman Tunku Sarina, Jitra
Banglo setingkat/3 bilik tidur/3 bilik air


Mentari Nine Homestay - No 9, Tmn. Mentari, Jln. Masjid Jitra, Kedah
Teres 2 tingkat, 3 bilik + 3 bilik air


Mutiara Homestay - No 14, Jln Mutiara 2, Taman Mutiara, 06000 Jitra Kedah
Semi D 3 bilik, 2 bilik air


Homestay Ameera - No. 403 Tmn Siswa 2, Bdr Darulaman Jitra Kedah
Teres setingkat/ 3 bilik


Homestay Taman Suria - 429 Taman Suria 2, Jln Hospital Jitra, Jitra
Rumah berkembar/3 bilik

Home Stay Lega - No 9, Pusat Bandar Barat, Tmn. Mahsuri, Bandar Darulaman, 06000, Jitra, Kedah
Rumah Kedai Tgkt 1, 4 bilik : Tgkt 2, 5 bilik

Desa Halban Homestay - 89, Jln Desa Halban 3, Taman Desa Halban, Tanah Merah, Jitra, Kedah

SnarHomestay - 78 Lorong 4, Bandar Baru Darul Aman
Rumah teres 2 tingkat

LEBIH BANYAK SENARAI HOMESTAY KLIK DISINI

movie - hantu tok mudim


Harun Salim Bachik
Lebai Kulub (Pelakon Utama)
Sofi Jikan
(Pelakon Utama)
Izzue Islam
Borhan (Pelakon Utama)
A. R. Badul
Tok Penghulu Abohrudin (Pelakon Utama)
Adrea Abdullah
Salmah (Pelakon Utama) 

apa yang perlu anda tahu tentang model proton baru ini - suprima s


hotel berhantu di sungai petani

Seorang pekerja di sebuah hotel sungai petani menceritakan satu kisah seram di sana.katanya hotel yang dia bekerja ,selalu di ganggu oleh gangguan mistik .beliau mengatakan bahawa dia selalu terlihat lembaga menyerupai seorang perempuan india yang berambut panjang di koridor bilik hotel tersebut.

hotel tersebut telah dibina lebih dari 15 tahun di pinggir bandar sungai petani .butir-butir telah mengatakan bahawa ada kes BUNUH DIRI di hotel tersebut ,di percayai seorang wanita india beumur antara 30an di bilik 20* .kejadian tersebut berlaku pada 8 tahun lalu .

pada bulan JANUARI 2011 seorang tetamu berbangsa melayu diganggu dengan bunyian aneh di bilik nya .antara terdengar seorang wanita menangis dan bunyi seperti ada seseorang sedang mengunyah kaca di bilik airnya.

pada bulan JUN 2011 seorang tetamu berbangsa india telah digangu ketukan pintu yg berulang kali .dan bila dibuka tiada siapa di sebalik pintu tersebut.dia mengadu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak.

pada mei 2012 seorang pekerja di situ telah di rasuk oleh makluk halus ,keadaanya amat kritikal sampai ingin terjun di balkoni bilik hotelnya.

pada OKTOBER 2012 seorang pekerja wanita bahagian sale telah di rasuk ,kerana mengemas tempat makluk halus tersebut . keadaan wanita itu seperti memarahi diri sendiri kerana mengemas tempat itu

gambar dua orang ustaz dipanggil untuk membuat pendinding di bilik hotel 



gambar seorang tetamu berbangsa cina terakam gambar lembaga putih berambut panjang 
 
sumber : http://seramghairah.blogspot.com/

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog