D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 November 2012

Ganguan Lendir Coklat Kemaluan

SAYA berumur 30 tahun dan mendirikan rumah tangga pada Mac 2012. Sebulan sebelum berkahwin, saya di�nasihatkan seorang doktor sakit puan untuk mengambil ubat antibiotik bagi merawat keputihan yang teruk dan pil perancang selama tiga bulan bagi membantu menstabilkan senggugut dan kehadiran haid saya (10 hingga 11 hari).
Selepas itu, saya merancang untuk hamil lalu saya mengambil asid folik dan jamu. Pengambilan jamu membantu saya mengekalkan haid kepada tujuh hingga lapan hari.

Pada 10 Oktober lalu, haid saya berakhir dan pada masa sama, saya berhenti mengambil jamu. Tetapi selepas lima hari, lendir coklat yang banyak keluar selama dua hari.

Adakah pendarahan ini disebabkan masalah rahim? Adakah hormon saya tidak stabil disebabkan berhenti mengambil jamu terbabit?

WAN,
Kuala Lumpur



KELANCARAN haid sebenarnya dikawal aktiviti hormon estrogen dan progesteron.
Kedua-dua hormon ini banyak dihasilkan kantung folikel telur di dalam ovari.

Terdapat ubat hormon yang juga mengandungi bahan seperti hormon estrogen dan progesteron, contohnya ubat pil perancang termasuk yang anda ambil sebelum ini.
Selain itu, tidak mustahil jamu yang diambil turut mempunyai bahan hormon, jika benar ia menjadikan haid anda ‘cantik’.

Asid folik pula bukanlah hormon, ia sejenis vitamin B dan tidak menambahkan kesuburan, tetapi melindungi janin daripada risiko kecacatan otak dan saraf tunjang. Menerusi masalah haid yang dialami, eloklah anda mendapatkan pemeriksaan doktor kerana terdapat beberapa kemungkinan puncanya, bukan setakat gangguan hormon saja.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog