Secara
fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki
dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang
mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan
ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.
Dari
segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui
jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar
dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.
Khunsa
terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui)
dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa
musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya
disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan
sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula
ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar
dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda
seperti kedatangan haid.
Harus
dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin
tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa
inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.
p/s: Paparan
gambar di atas ialah bukan bertujuan untuk memaparkan gambar lucah
tetapi sebagai pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui
bagaimanakah kemaluan khunsa. Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi.
Larangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk melihat gambar
di atas.