sumber petikan 100% dr http://www.1newsonline.com/2012/11/makam-nabi-muhammad-dan-masjid-nabawi.html
Makam
Nabi Muhammad di Masjidil Nabawi, Madinah rencananya akan dihancurkan
oleh pemerintah Kerajaan Arab Saudi, seperti dipetik daripada laman Fars
News Agency, pada Isnin (29/10) lalu.
Pintu makam Nabi Muhammad
Pemerintah Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan
tempat-tempat bersejarah Islam, termasuk Masjidil Nabawi menggunakan
buldoser, termasuk di dalamnya adalah 3 masjid tertua di dunia. Kerajaan
Arab Saudi merancang untuk mengembangkan projek pembesaran bernilai
berbillion ringgit.
Projek penghancuran Masjid Nabawi dijangka akan dimulakan pada bulan
depan selepas musim Haji berakhir. Di lokasi bersejarah tersebut,
kerajaan Arab Saudi akan membangun kompleks terbesar di dunia yang mampu
menampung 1.6 juta orang pada satu-satu masa. Raja Arab Saudi Raja
Abdullah yang enggan mengekalkan warisan arkeologi paling suci bagi
dunia Islam tersebut sudah mendorong kemarahan umat Islam.
Pengembangan Masjidil Nabawi ini akan dimulakan dibahagian barat masjid. Di bahagian ini, terdapat makam dua Khalifah yang juga
merupakan sahabat Nabi, iaitu Khalifah Umar dan Khalifah Abu Bakar.
Masjid Nabawi
Pada tahun 2007, Kementerian Urusan Islam Kerajaan Arab
Saudi menerbitkan risalah mengenai rencana penghancuran Masjidil Nabawi
yang disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al-Sheikh. Risalah
tersebut menyiarkan rancangan penghancuran kubah masjid dan meratakan
makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdulaziz
al-Sheikh.
“Diamnya kaum Muslimin atas penghancuran Makkah dan Madinah
adalah bencana dan kemunafikan terbesar,” kata Irfan al-Alawi dari
Yayasan Pemeliharaan Warisan Islam. Irfan al-Alawi sudah menghabiskan 10
tahun terakhir ini meneliti rancangan penghancuran Masjid Nabawi.
“Filem tentang Nabi Muhammad baru-baru ini sudah menyebabkan protes dari
seluruh dunia…namun penghancuran tempat kelahiran Nabi, di mana baginda
berdoa dan mendirikan Islam justeru dibiarkan hancur tanpa kritikan,”
dia menambah.
Sumber : Fars News Agency