Borang Daftar Online BR1M 2.0 - 2013
Isi rumah yang layak (RM500):
1. Warganegara Malaysia;
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal
serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke
bawah.
-Berkahwin;
-Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
-Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada
tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000
dan ke bawah.
Individu yang layak (RM250):
1. Warganegara Malaysia;
2. Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur
21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah
pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
1. Pada pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2.0)
kepada isi rumah dan individu bujang. Bantuan ini adalah tanda
keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara
hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi
bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.
2. Kriteria penerima BR1M tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua
isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah. Sebagai
tambahan, pemberian BR1M ini diperluaskan kepada individu bujang berumur
21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan
jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.
3. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua
keluarga. Ini merangkumi individu :
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai
tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir
pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
RM3,000 dan ke bawah.
4. Bagi individu bujang, kriteria yang layak adalah bujang termasuk
Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas
(lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM2,000 dan ke bawah.
5. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk
kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas
talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0.
Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti
pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.
6. Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma
mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta
agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang
LHDNM : www.hasil.gov.my.
7. Pembayaran BR1M 2.0 akan dibuat kepada penerima yang layak mulai awal tahun 2013.
8. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta
isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. Pemberian ini melibatkan
peruntukan sebanyak RM3.0 bilion.
9. Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada email : br1m2@treasury.gov.my
atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9
hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.
Kementerian Kewangan Malaysia