BATU PAHAT - Seorang penjawat awam wanita  ditahan bersama pasangannya 
di salah sebuah hotel bajet  sekitar daerah ini dalam  operasi cegah 
maksiat, awal pagi semalam.
 
 Wanita terbabit yang  bekerja di utara tanah air merayu kepada Bahagian
 Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat supaya 
tidak ditahan  dalam serbuan itu.
 
 Dia turut mengaku baru sahaja selesai melaksanakan undian awal bagi 
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberi alasan bimbang untuk pulang 
sekaligus mendorongnya mendaftar masuk hotel bajet berkenaan bersama 
teman lelakinya.
“Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita 'settle' tepi bang,” katanya.
 
 Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah
 berkata, wanita berusia 20an itu  didapati berada dalam keadaan yang 
mencurigakan bersama pasangannya.
 
 Menurutnya, anggota dan pegawai penguatkuasa juga terpaksa menunggu 
beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel 
bajet tersebut.
 
 “Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya
 memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap.
 
 “Pemeriksaan lanjut  mendapati, mereka ini tidak mempunyai hubungan 
yang sah dan turut menyatakan baru sahaja berkenalan sekitar enam bulan 
lalu serta berhasrat  untuk bernikah.
 
 “Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama wanita 
terbabit  kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan  kepada 
kerjayanya sebagai  penjawat awam,” katanya.
 
 Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan 
selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel 
dan melakukan perkara yang mencurigakan.
 
 Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen 
Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua
 mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau
 kedua- duanya sekali.
 
 “Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah 
(IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan 
lanjut sebagai pengajaran kepada mereka.
 
 “Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam 
keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. JAIJ akan terus mengadakan 
lebih banyak serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas  
daripada maksiat,” katanya.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/khalwat-gelora-asmara-lepas-undi-awal-1.155951 
D
SUDU
Arkib Blog
- 
        ▼ 
      
2013
(1402)
- 
        ▼ 
      
Mei
(89)
- Senarai Pusat Temuduga SPA Seluruh Malaysia
- spa perak online
- BIODATA AFIQ MUIZ
- 10 exco Selangor Angkat Sumpah
- Penacarian Peserta AF2013 Bermula
- [berita] Bot Karam
- Layan Pelanggan Dalam Semak
- Hamil Walaupun Suami dipenjara
- Senarai Tempat Menarik Di Pulau Pinang
- kisah pontinak di kulim kedah
- GAMBAR KAWIN SAIFUL BUKHARI
- eeee..Benang Mop Dalam Tomyam..
- How can you use a smartphone or tablet to help wit...
- kord gitar cikgu ayu - khalifah
- Lelaki Tukar Muka Jadi Anjing
- video - gurauan bawa maut
- [video]Penangan Gitar nenenk
- Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit
- Posmen nak hantar surat jumpa mayat dalam rumah
- Giveaway Kamera GoPro Setiap Hari melalui #ReefRes...
- ikhlan says minggu ini
- SENARAI HOMESTAY MURAH SELURUH MALAYSIA
- Guess what happened when this macha asked for 'spe...
- Biodata Ahmad Zahid Hamidi -
- Apa Itu Hari Wesak
- DJ Tiesto's favourite Ultrabook™ is launched today!
- Cikgu AYu - Khalifah
- 4 LELAKI CURI KERBAU
- GADIS BERTUDUNG PUTIH - MAY
- Get your guaranteed FREE Slimming Package (RM468) ...
- HERO TERBAIK MALAYSIA: Shaheizy Sam VS Zizan Razak...
- CARA PALING MUDAH LAJUKAN WINDOWS XP ANDA
- kasut tumit tinggi punca payu dara kendur
- Biodata Adam Adli
- [TERBAIK]Tahan Adam Adli : Polis beri amaran janga...
- [movie] Biker Kental 2013
- Redeem your FREE scalp treatment + hair revival ki...
- kepala tikus dalam nasi goreng
- Semakan online keputusan kemasukan ke politeknik 2...
- ustaz kazim dah tak nak berceramah lagi ??
- zaidi buluh perindu meniggal dunia
- Cara Nak SELCA Macam Lisa Surihani.
- PANDUAN TUKAR MILIK KENDERAAN SECARA SUKARELA DI J...
- BIODATA NICOL ANN DAVID
- RAMLY BURGER
- GAMBAR ANAK NING BAIZURA
- JUAL TUBUH SARA 2 ANAK
- Saiful Bukhari Azlan nikah 25mei ini
- ikhlan says terkini
- SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA 2013
- SAMSUNG GALAXY S4 HANYA DARI RM1338 !!!!
- cara buat kuih jawa atau kuih tuang
- Cara Buat Kuih keria atau kuih Gelang
- PROMOSI JUALAN KOMPUTER KEDAH
- BIODATA RAFIZI RAMLI
- BIODATA KHAIRY JAMALUDDIN
- Bolehkah Donat Menyatukan Malaysia?
- [EDIT GAMBAR] CARA MUDAH SENSOR KAN GAMBAR
- Khalifah - Cikgu Ayu
- Senarai tempat menarik di Taiping Perak
- Muzium dibuka percuma Sabtu ini sempena Hari Muziu...
- Hotel bajet port lampias nafsu warga asing
- kord gitar Lagu Untuk Adinda - Khalifah
- kord gitar cikgu ayu - khalifah
- hilang sijil spm dan pmr
- [saf hadapan] apa nak buat terkentut ketika sembah...
- Fast & Furious 6
- [JOM UNDI] Filem, Hero dan Heroin Terbaik untuk An...
- CROMOK AKHIRNYA MELAKUKAN REUNION?
- INFO KESIHATAN UNTUK ORANG BERKAHWIN
- apa itu bulu ari-ari
- Asal Usul PKR
- kedai jual komputer Murah di kedah
- Bila Anak Tertelan Duit Syiling
- Biodata Mohammad Nizar Jamaludin
- [SENARAI HOMESTAY DAN MOTEL BAJET SELURUH MALAYSIA]
- Album "Indah" Atilia dapat sambutan hangat di Indo...
- Unlimited browsing, Whatsapp & YouTube on BlackBerry!
- biodata Mukhriz bin Mahathir
- Keputusan Pilihan Raya Umum 2013 Seluruh Malaysia ...
- KEPUTUSAN TERKINI PRU13 SELURUH MALAYSIA
- homestay di grik perak
- RM0 for a Coach Madison Bag, Go for it! Nothing to...
- MALAYSIA SALE: Prada, Gucci, Coach, Burberry!!
- [video bapa saiful] umum keluar pkr
- [khalwat] Gelora asmara lepas undi awal
- Online Shop for Mother's Day Now .. Here's RM50 Ca...
- KORD GITAR DAN LIRIK TIKA - JINBARA
- KORD GITAR DAN LIRIK BAHAGIAMU DERITAKU - HAFIZ
 
 
- 
        ▼ 
      
Mei
(89)
