D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

8 Mei 2013

Biodata Mohammad Nizar Jamaludin

Datuk Seri Mohammad Nizar dilahirkan di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak pada 17 Mac 1957. Beliau sudah berkahwin dengan isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Bapanya keturunan Melayu sementara ibunya seorang Cina.
Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu'tah di Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah, Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lubnan. Manakala anak yang keempat hingga kelapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Pendidikan

Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England. Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.
Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Bahasa Arab,Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.[2][3]

Kerjaya

Ir. Nizar pernah bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berkhidmat sebagai jurutera di Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC).
Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Itali, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Teheran, Iran. baca seterunya disini

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog