full copy paste dari : http://yasirtamizi.blogspot.com/2009/03/asal-usul-pkr.html
Assalamualaikum Sedara/Sedari,
Selamat Sejahtera,
Sedara
 tahu asal usul nya PKR? Parti Keadilan Rakyat. Rupanya tuan-tuan, PKR 
ini asal nya dulu Parti lain yang diambil alih kemudian dinamakan Parti 
Keadilan Nasional. Saya tak tahu pulak ceritanya macam itu. Mana saya 
dapat cerita ni? Nanti ingat saya reka hikayat pulak kan. Ini cerita 
asal usul. Ini cerita ilmu. Tiada agenda politik sekadar berkongsi 
pengetahuan.
Tadi saya berjalan di laman-laman 
web bercorak Pemuda, Angkatan Muda, dan serangkaian dengannya. Saya 
jumpa fakta ini dari laman web AMK. Cerita nya begini. Sebelum terbit 
Parti Keadilan, sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang menubuhkan Gerakan 
Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Penubuhan ini diumumkan di Markaz PAS 
Taman Melewar. Saya ada hadir untuk memeriahkan majlis, tapi rupanya 
majlis sudah sangat meriah, beribu orang datang menyatakan sokongan 
semasa penubuhan GERAK. Selepas itu, pendokong-pendokong Reformasi 
menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk menyediakan pentas 
perjuangan. baca seterusnya disini
