Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit
Galaxy S4 terjual pada kadar empat unit setiap saat.
SAMSUNG Electronics Co Ltd (Samsung) mengumumkan jualan bagi telefon pintar terbaru keluarannya, Galaxy S4 telah terjual 10 juta unit di seluruh dunia, atau empat unit setiap saat, sejak ia dilancarkan secara global pada 27 April lalu.

Galaxy S4 juga mencacatkan satu lagi rekod baru bagi Samsung apabila menjana jualan lebih cepat daripada mana-mana produk terdahulu. Untuk perbandingan, Galaxy S3 mencapai jualan 10 juta unit dalam tempoh 50 hari selepas dilancarkan pada 2012 manakala, Galaxy S2 mengambil masa lima bulan dan Galaxy S memerlukan tujuh bulan untuk mencapai jumlah sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin berkata, Samsung akan terus menghasilkan produk yang direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna.

Samsung Galaxy S4 kini boleh didapati di 110 negara dan pengeluarnya menyasarkan untuk mencapai 155 negara tidak lama lagi.

Samsung turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak warna untuk model Galaxy S4 iaitu biru, merah diikuti ungu dan coklat.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/jualan-galaxy-s4-cecah-10-juta-unit-1.163694